"If you don?t have time to do it right,
when will you have time to do it over?"
- John Wooden
"Love involves a peculiar unfathomable combination of understanding and misunderstanding." Diane Arbu
Thursday, December 24, 2009
Wednesday, December 23, 2009
KIaM 1
Hari ini kita dikejutkan lagi dengan berita pembunuhan seorang kanak-kanak. Pembunuhan kejam di mana kanak-kanak malang itu dipercayai telah dirogol dan dibunuh ditempat lain sebelum mayatnya dicampak di kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney. ? Sememangnya kematian Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dua tahun lalu belum luput daripada ingatan kita, namun seorang lagi mangsa mengalami nasib yang sama.
Itulah bezanya antara manusia dengan binatang. Pastinya kalau binatang binatang bertindak ganas adalah untuk mempertahankan diri atau memenuhi naluri/keperluan untuk hidup. Tapi manusia bertindak ganas kerana untuk memenuhi keperluan nafsu jahat tanpa batasan. Itulah........kerana ia adalah "manusia".

Labels:
Kerana ia adalah Manusia
Tuesday, December 22, 2009
Denai Alam 6
Perlukah dilayan jika anda menerima yang seumpamanya seperti ini.................................
SMS 1 - Cikgu Zainal kemarut betina : Miss Hasmah
Kata-kata 1 - PHD............. ..........pingat habiskan duit.
SMS 2 - Sklh beli baru .............., tinggal nak bubuh nama.
Ulasan aku
SMS 1 - 27 Ogos 2007 - Waktu aku terima sms itu, aku sedang menunggu kereta yang ku hantar servis sebelum bertolak ke Sungai Petani untuk menghadiri mesyuarat JU KHB PK anjuran JPN. Memang aku sangat terganggu angkara sms itu. Apa tidaknya, orang yang menghantar sms itu menamakan dirinya Miss Hasmah. Puan Hasmah adalah pengetua sekolah tempat aku mengajar ketika itu. Dalam senyap aku siasat dan tunjukkan sms tu pada rakan-rakan tertentu. Juga ku tunjukkan pada Puan Hasmah. Tujuanku bukan untuk meraih ihsan, tapi untuk merisik, siapa punya angkara. Alhamdulilah, semua mereka faham dan akhirnya aku dapat pasti manusia itu dengan tepat.
Kata-kata 1 - Oktober 2009. - Sebenarnya ini lagi membuatkan aku tak faham. Tak faham pada kata-katanya dan tak faham mengapa beliau sanggup mengatakan itu pada ku. Aku harap beliau semaklah akaun dan kalau tak puas hati, tanyalah aku apa-apa yang telah aku belanjakan dan apa tujuannya.
SMS 2 - 14-12-2009 - Sebenarnya aku tak pernah kelim hak orang sebagai hak aku atau menamakan harta orang dengan nama aku. Orang lain yang melakukannya. Apa tidaknya, apa yang aku buat, jaga dan simpan kerana tanggungjawab, dihujung bebenda tu orang namakan dengan nama aku. xxxxx aku, xxxxxxx aku, xxxxxxx aku, xxxxxxxx aku, xxxxxxxxx aku, dan berbagai alat lagi. Jadi, apa maknanya SMS itu??????????????.
Kadang-kadang aku terfikir juga...........Sederhana itu adalah yang terbaik. Kerana jika lebih, tak kena dan apa lagi jika kurang. Biarlah dua si Luncai tu terjun dengan labu-labunya. Aku tetap aku seperti seadanya.

Monday, December 21, 2009
Denai Alam 5
Dalam DA5 ini, ingin aku memaparkan semula reaksi beberapa individu berkaitan isu ponteng sekolah seperti yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia pada 15 November 2009.
Mukadimah
Kita dikejutkan dengan penahanan 178 pelajar di sekitar Kuala Lumpur
kerana ponteng sekolah. Kebanyakan alasan yang diberikan adalah
kerana bosan terutamanya setelah tamat peperiksaan akhir tahun.
Reaksi 1 (Mohd Firdaus Mustafar, 33, Exsekutif Operasi)
Sistem pengajaran yang lebih menarik dan menyeluruh perlu didedahkan kepada para pelajar.
Ini bagi menarik perhatian mereka untuk hadir ke sekolah terutamanya pelajar sekolah menengah.
Sekolah bukan sahaja menjadi tempat belajar tetapi pusat pertemuan dan perkembangan minda.
Reaksi 2 (Sharifah Faezah Balqis, 24, Exsekutif MDEC)
Isu ponteng sekolah bukan sesuatu yang baru. Puncanya mungkin kerana hilang minat belajar dan sebagainya. Kementerian yang bertanggungjawab perlu lebih memberi fokus kepada apa yang dimahukan remaja kerana suasana persekitaran sekarang berbeza berbanding dahulu.
Reaksi 3 (Zulkafli Zainal Abidin, 32, Pegawai Bank)
Tempoh persekolahan merupakan satu zaman yang mencabar. Pada ketika usia remaja, sememangnya pelajar sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baru. Oleh itu sekolah
harus menjadi tempat untuk pelajar mengekspresi diri. Ini akan membantu mengembangkan pemikiran mereka.
Reaksi 4 (Hamidah Mohd Yusup, 29 Pegawai Bank)
Latar belakang sosial pelajar menjadi punca kenapa mereka ponteng sekolah. Ditambah pula dengan kekangan disiplin oleh guru. Saya berpandangan mutu pendidikan perlu
ditambah baik dan aktiviti sukan dan sosial perlu dipertingkatkan untuk menarik minat
pelajar pergi ke sekolah
Reaksi 5 (Mohd Hanafiah Junsi, 29, Ahli Perniagaan)
Zaman persekolahan sekarang semakin mencabar berbanding dahulu.
Para pelajarnya cepat bosan. Oleh itu pihak sekolah dan guru perlu lebih memberi perhatian
kepada pelajar dan mengisi masa dengan pelbagai kegiatan berfaedah. Mereka tidak
seharusnya dihalang daripada mencambah kreativiti.
Reaksi 6 (Hafizatul Azlin, 25, Pegawai Pentadbir Universiti)
Sekolah sepatutnya menjadi sumber ilmu kepada para pelajar. Tetapi kerana hanyut
dibuai jiwa remaja, maka para pelajar lebih gemar ponteng. Mungkin pengisian yang
lebih bermakna seperti aktiviti keagamaan dan kebudayaan boleh membantu menyelesaikan
masalah ini.
Tirai 2010
Kurang 10 hari lagi, akan berlabuhlah tirai 2009. Diwaktu yang sama akan terbukalah pula tirai 2010. Ini bermakna kita telah melepasi satu darsa warsa dalam alaf baru ini. Rasanya terlalu pantas masa berlalu. Satu darsa warsa yang telah kita tinggalkan..........apakah yang telah kita perolehi. Pengisian apakah yang telah kita buat pada waktu yang sebenarnya begitu panjang itu........ Pastinya telah banyak yang bertambah...... usia, pengalaman, ilmu, harta, anak-anak, saudara mara........dan pastinya terlalu banyak untuk disenaraikan........namun, hakikatnya ramai diantara kita tidak menyedari secara total apa-apa yang telah bertambah. Begitu juga dengan bertambahnya pula apa-apa yang telah berkurangan.
Bagi anak-anak yang lahir pada tahun 2000, mereka akan melangkah ke tahun 4. Bagi yang mula menjejak kaki kesekolah pada tahun 2000, mereka akan menduduki peperiksaan PMR. Bagi yang mula sekolah menengah pada tahun 2000, pastinya pada 2010 nanti ada antara mereka akan mengenggam segulung ijazah. Dan pastinya dalam darsa warsa kedua yang akan muncul nanti akan lebih banyak lagi apa-apa yang akan berlaku tanpa kita jangka.
Namun, walau banyak mana yang telah bertambah dan juga yang telah berkurangan, perjuangan untuk hidup perlu juga diteruskan. Berjuanglah untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik dengan penuh tanggungjawab. Berjuanglah untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik dengan seikhlasnya.
Semoga dalam tempoh darsa warsa kedua dalam alaf ini akan lebih banyak yang baik-baik kita perolehi. Namun untuk itu, kita mesti menyumbang lebih banyak kebaikkan untuk memperolehi lebih banyak lagi kebaikkan. InsyAllah.

Tuesday, November 17, 2009
Denai alam 4
Awal aku bangun pagi hari ini. Jarum pendek jam terletak dipertengahan angka 5 dan 6. Sementara jarum panjang hampir kepada angka 6. Ah.........dah pukul lima setengah. Terasa senyap hari ini. Dari jendela kamar aku lihat luar. Rasanya cuaca cerah hari ini. Tak terdengar rintik-rintik hujan seperti hari-hari sebelumnya.
Aku mengeliat lesu untuk mengendurkan semula otot-otot yang masih terasa tegang walauoun telah beberapa jam rehat. Alhamdulilah............dipanjangkan lagi usiaku. Sekurang-kurangnya sehingga aku tersedar dari lena yang agak panjang. Memang semalam aku tidur agak awal. Lazimnya jejak pukul dua atau tiga pagi, tapi semalam jam sepuluh aku dah terasa amat mengantuk. Memang sepatutnya semalam aku tidur awal untuk mendapatkan rehat yang cukup. Siangnya sehari suntuk aku membanting tulang. Keluar rumah jam 6.30 pagi dan balik sampai ke rumah pukul 6.30 petang.
Hari ini aku akan menyambung kerja-kerja yang belum selesai semalam. Tanah lebih seekar yang telah siap dipugar masih kelihatan kosong. Masih belum diisi sepenuhnya dengan benih semaian seperti yang dirancang. Target lima ratus perdu tebu tapi baru selesai diisi dengan lebih kurang 350 perdu. 20 batang anak pokok nangka madu dan 20 batang anak pokok limau nipis masih belum ditanam lagi walaupun lubang penenaman telah siap digali dan ditabur baja. Begitu juga dengan benih labu. Juga masih belum disemai ditapak penanaman yang juga telah tersedia.
Sementara itu, hanya dua daripada 10 batas sepanjang 30 kaki di bahagian hadapan tanah untuk terung telah disiapkan. Lapan batas lagi perlu disediakan.
..............banyak lagi kerja yang aku perlu buat………….. Target aku…………semua itu mesti disiapkan menjelang sessi persekolahan ini……..2009 berakhir. 20 atau 21 November 2009. Ini bermakna, aku mempunyai masa dalam minggu lagi. Itupun kalau tak hujan.
Sampai sahaja di sekolah dan selepas mengakses kad kehadiran di mesin perakam waktu aku tidak membuang masa. Ku tukar kasut kepada kasut kerja ladang dan capai cangkul lalu ke lokasi kerja. Semasa melangkah penuh semangat terfikir juga aku.........adakah perlu aku buat kerja-kerja tu. Bukankah aku seorang guru.........pendidik. Mengapa perlu kerja-kerja itu aku lakukan.
Sememangnya diwaktu-waktu hujung sesi persekolahan, aku mempunyai banyak masa terluang. Ya............ sebaik bermula peperiksaan PMR hingga hari terakhir sesi persekolahan. Begitulah pada setiap tahun. Tahun ini, target aku untuk mengusahakan tanah tu. Telah lebih setahun tanah itu terbiar dan semak lalang-belukar mencecah lebih ketinggian aku.
Sebenarnya kerja-kerja tu telah aku mulakan sebaik selesai sahaja peperiksaan PMR. 14 Oktober yang lalu. Seminggu aku gunakan masa untuk memotong semak lalang dan belukar tu dengan mesin galas. Sehari sejam atau setangki petrol. Bergegar juga badanku selepas setiap kali melakukan kerja tu. Namun......Alhamdulilah.......aku dikurniakan daya tahan yang cukup jitu walau usia hampir mencecah setengah abad. Lepas itu, lebih kurang seminggu juga ku biarkan rumput-rumput tu kering sebelum ku bakar dan kerja memugar. Seterusnya kerja-kerja merancang tanda, menyedia lubang penanaman dan menabur baja asas di lubang penanaman.
Sebelum matahari menyebarkan bahang kepanasannya di serata alam, sekurang-kurangnya dua lagi batas penanaman terung mesti aku siapkan. Itu saja yang dapat ku buat dengan kudrat yang ada. Sehari satu batas, itu sudah memadai. Jika dapat dua batas itu adalah bonus bagi ku. Selepas itu aku perlu rehat sambil melakukan kerja-kerja lain yang ringan sebelum minum pagi kerana sememangnya aku belum minum pagi lagi. Di rumah, sebelum keluar pagi tadi seperti lazimnya hanya setengah cawan teh O saja aku minum. Sekadar untuk membasahkan tekak dan menghormati hidangan yang isteriku sediakan. Memang air saja yang dapat disediakan memandangkan, ia juga akan keluar bekerja dimasa yang sama.
Seawal pukul 11.00 pagi lazimnya aku berhenti........... rehat sebentar........ Kerja-kerja rasmi lain sebagai pendidik juga perlu dilakukan. Kelas memang boleh dikatakan tidak ada kerana semua pelajar telah selesai peperiksaan termasuk peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan satu, dua dan empat. Masa perantaraan tu sebelum tamat waktu harian persekolahan jam 2.40 petang perlu aku gunakan dengan sebaik mungkin. Buatlah kerja-kerja apa yang patut di galeri atau kerja-kerja yang diarahkan oleh pihak pentadbir.
Petangnya, seawal pukul empat,aku mesti telah berada di KKCM. Melakukan kerja-kerja persendirian seperti yang ku lakukan diwaktu pagi sebelum menjemput anak-anak daripada kelas KAFA pada pukul 6.00 petang dan pulang ke rumah.
"Success is a state of mind.
If you want success, start thinking
of yourself as a success."
- Dr. Joyce Brothers
If you want success, start thinking
of yourself as a success."
- Dr. Joyce Brothers
Friday, November 13, 2009
Denai Alam 3
Alhamdulilah.......hari ini Jumaat 13/11/09 tanah lebih kurang seekar tu sebahagiannya telah siap ditanam dengan tebu. Lebih 350 perdu. Target sekurang-kurangnya 500 perdu. Terima kasih kepada C. RA dan 10 orang pelajar tingkatan 2. Terima kasih juga pada C. RfMI yang sudi membekalkan anak benih tebu dengan harga yang amat berpatutan. Juga pada Tuan Pengetua, Puan Hasmah bt Muhd. Yusof yang cukup faham dengan kerja-kerja yang kami lakukan. Harap-harap pokok tu cepat mengeluarkan tunas dan hidup dengan subur. Seterusnya mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.
Selain tebu, di tapak itu juga akan ditanam dangan pokok-pokok lain. Pokok kekal, nangka dan limau nipis manakala tanaman kontan lain jagung dan labu. Di kawasan hadapan pula akan ditanam dengan sama ada pokok terung taiwan atau bendi. Luas kawasan tu lebih kurang 30 x 60 kaki dan dibuat 10 batas.
Semalam ketika kerja-kerja penyediaan dan menyusun atur benih di tapak penanaman, C. RA memberi tahu yang C A juga berminat utk sama-sama laksanakan projek di tanah tu. Alhamdulilah.......dengan besar hari aku alu-alukannya tanpa banyak bicara.
Sebenarnya projek ini, tak taulah .....projek siapa. Walaupun kami yang mengusaha dan mengeluarkan apa yang perlu untuk merealisasikannya tapi aku kira itu bukan projek aku. Juga bukan projek kami. Juga bukan untuk aku dan juga bukan untuk kami. Begitu juga dangan persoalan. mengapa aku/kami buat projek tu. Siapa yang suruh atau memandai-mandai je...................Untuk itu-itu semua, aku rasa hanya aku-aku dan kami-kami saja yang faham. Kerana aku-aku dan kami-kami semu tidak akan kekal lama di sini.
Insya'Allah...........pada minggu depan (minggu terakhir persekolahan sessi 2009) akan kami tanam pula pokok-pokok nangka dan limau nipis. Harap-harap upacara menanam yang kami rancang dapat terlaksana.

Thursday, November 5, 2009
Denai Alam 2
Tanah lebih kurang seekar dibahagian belakang kawasan sekolah. Apa boleh buat agar dapat menjana hasil dan pendapatan berterusan untuk sekolah.
Sebanarnya dua tahun lepas, tanah tu telahpun diusahakan dengan tanaman pisang mas tapi kurang menjadi. Mungkin tanah tu kurang sesuai atau mungkin juga kurang penjagaan, maka kurang menjadilah pisang-pisang tu.
Melihat tanah tu terbiar semula, rasanya sayang juga. Lalang dan semak samun telah hampir setinggi aku. Entah apa makhluk yang bermastautin didalam.......entahlah. Kawasan semak samun di dalam kawasan sekolah, maklum sajalah. Kalau apa-apa berlaku......nyaya.....
Memikirkan selepas peperiksaan PMR masa aku agak banyak terluang, aku berbincang dan memberanikan diri untuk mengusahakannya semula. Seminggu selepas PMR maka bermulalah aku mengusahakannya semula.
Langkah pertama, rancang dan bincang apa nak buat. Ubi kayu, tebu........atau pokok saka.....nangka madu.
Langkah kedua, membersihkan semak samun - seminggu hari persekolahan aku mengambil masa membersihkannya. Isnin hingga Jumaat. Itupun tak habis lagi. Ada tinggal sikit lagi dibahagian belakang. Terlalu tebal dan rasa takut juga nak masuk.
Langkah ketiga, dua hari lepas 4/11- Aku sewa traktor daripada orang kampung berhampiran untuk kerja-kerja memugar tanah tu.
Dan......kini tanah tu telah siap dipugar. Semalam dan hari ini hujan. Insya'allah minggu depan aku akan memulakan kerja mengemas kawasan, merancang tanda untuk penanaman dan mencari anak benih. Aku harap minggu akhir persekolahan kawasan itu telah siap ditanam dengan pokok-pokok yang dirancang. Pokok saka - nangka madu dan tanaman lain......ubi kayu dan tebu. Insya'allah.

Thursday, October 22, 2009
WASIAT RAJA-RAJA MELAYU
WASIAT RAJA-RAJA MELAYU
1. KAMI NAMAKAN DAN KAMI PANGGIL AKAN DIA, BUMI YANG KAMU PIJAK DAN LANGIT YANG KAMU JUNJUNG PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (SEKARANG DIKENALI DENGAN NAMA MALAYSIA)
2. KAMI ISYTIHARKAN DAN KAMI SIMPAN UNTUK KAMU DAN KAMI BENARKAN KAMU ISYTIHAR DAN SIMPAN UNTUK ANAK CUCU KAMU, SELAIN GUNUNG-GANANG, TASIK DAN HUTAN SIMPAN, TANAH SIMPANAN MELAYU SEHINGGA NISBAH 50 PERATUS, SELEBIHNYA KAMU REBUTLAH BERSAMA-SAMA KAUM LAIN.
3. BAGI MENJAGA KAMU DAN BAGI MELINDUNGI ANAK CUCU KAMI SERTA HARTA MILIK KAMU, KAMI TUBUHKAN REJMEN ASKAR MELAYU SELAIN UNTUK MEMBENTRAS KEKACAUAN DALAM NEGARA DAN ANCAMAN DARI LUAR NEGARA.
4. KAMI KEKALKAN DAN KAMI JAMIN KERAJAAN DAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU MEMERINTAH NEGARA INI.
5. KAMI ISYTIHARKAN ISLAM ADALAH AGAMA PERSEKUTUAN.
6. KAMI TETAPKAN BAHASA KEBANGSAAN IALAH BAHASA MELAYU.
7. KAMI AMANAHKAN DAN KAMI PERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA RAJA-RAJA MELAYU UNTUK MELINDUNGI KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN (KEMUDIAN DITAMBAH KEDUDUKAN ISTIMEWA ANAK NEGERI SABAH DAN SARAWAK.
Wasiat raja-raja Melayu ketika menandatangani
Persetujuan Pembentukan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu
5 Ogos 1957
Thursday, October 8, 2009
Denai alam 1
Bermula dengan UPSR dan kini PMR. Peperiksaan akhir tahun bagi tk 1,2,4, SPM dan STPM akan menyusul tak berapa hari lagi. Ini bermakna sessi persekolahan 2009 kian sampai ke penghujung. PANTAS sungguh masa berlalu. Rasanya mesyuarat pertama sessi persekolahan 2009 baru je semalam dijalankan. Baru je terima tugas untuk sessi 2009. Tup-tup-tap dah nak sampai hujung tahun. Banyak lagi tugas yang tak selesai.
Bercerita tentang masa ni ................... masa dan kita. Adakah masa yang mengejar kita atau kita mengejar masa? Ada orang kata masa mencemburui kita. Tapi yang pastinya orang tak de kata kita cemburu pada masa. Begitu juga dengan kata-kata 'masa itu emas'. Emas itu kalau kita ada, ia adalah aset berharga. Harga tak akan susut, malah akan naik dan terus naik. Jadi betullah....... antara masa dan emas tu. Tak akan menyusut.
Semalam 8/10 seorang rakanku menghadapi kesedihan. Isterinya meninggal dunia. Salam Takziah untuknya. Semoga banyakkan bersabar dan bersedekah untuk roh isterinya.
Al-Fatihah.
Itupun berkait dengan masa. Dah sampai masa. Kita yang ada ni entah bila akan sampai masa. Hanya Tuhan saja yang Maha Mengetahui. Jadi kita laksanakan je lah tanggungjawab kita. Tanggungjawab sebagai hambaNya dan tanggungjawab sebagai manusia. Ada beberapa perkara yang tak perlu kita pertikaikan. Kematian, jodoh, tanah kubur, rezeki dan yang satu lagi ni ..........(lupalah).
Tentang masa juga. Pernahkah kita dengar ada orang BERSUMPAH dengan masa. Tetapi Allah S.W.T. sendiri melakukannya. "Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian.........................
Wednesday, October 7, 2009
SELAMAT MENGHADAPI PMR
Semalam (7/10/2009) bermulalah peperiksaan PMR. Macam mana prestasi pelajar-pelajar aku tahun ini aku tak pasti. Walaupun ramalan tu ada tapi keputusan pada disember nanti itulah penentunya. Harap-harap semuanya berjaya. Aku taklah mengharapkan sesuatu yang ajaib berlaku. Tapi harap-harap begitulah. Namun sebagai guru aku terpaksa pasrah. Terima apa yang dapat. Tak kiralah gred apa, yang penting masih dalam kategori ok kecuali gred E. Aku cukup faham dengan keadaan pelajar-pelajar tu.
Sebelum ke dewan peperiksaan semua pelajar berkumpul di gelanggang sepak takraw. Aku lihat pelajarku satu persatu. Aku halalkan dan maafkan semuanya dan dalam hati ku sertakan doa semoga mereka semua beroleh kejayaan.
Bagi subjek ku, Kemahiran Hidup Bersepadu - Pertanian dan PK. - bekalan terakhir ku berikan berupa contoh-contoh soalan. Satu persatu aku print, laminate dan tampal di notice board berserta jawapan. Aku harap dimanafaatkannya.

Saturday, September 19, 2009
SALAM IDIL FITRI
Bermulalah nafas ini menjadi TASBIH,
TIDUR ini menjadi IBADAH,
DOA2 ini di IJABAH, PAHALA ini diLIPAT GANDAkan,
namun.........
itu semua tidak akan menjadi tanpa
MAAF tulus daripada kalian...............
justeru, maafkan daku atas
lisan yang terlanjur.......
janji yang terabai.......
hati yang berperasangka.....&
kata2/sikap yang menyakitkan........
andai semua.
HARTA adalah RACUN,
maka ZAKAT PENAWARnya
&
jika seumur HIDUP adalah DOSA,
maka TAQWA & TAUBAH UBATnya,
jika seluruh BULAN adalah NODA,
maka RAMADHANlah PEMUTIHnya.
Semoga diberkati, dirahmati, diredhai ALLAH swt & diampuni segala dosa. Ameen....
SALAM AIDIL FITRI 1430H,
MAAF ZAHIR BATIN.
Thursday, September 17, 2009
KUASA PENGGUNA - 1 PENGGUNA, 1 SUARA
HAK PENGGUNA
HAK UNTUK MENDAPAT KEPERLUAN ASAS
HAK UNTUK MEMBUAT PILIHAN
HAK UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT
HAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI
HAK UNTUK MENDAPAT PERKHIDMATAN DAN BARANGAN YANG SELAMAT
HAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT
HAK UNTUK MENDAPAT PENDIDIKAN PENGGUNA
HAK UNTUK MENDAPAT ALAM SEKITAR YANG BERSIH DAN SELAMAT
Aku masih ingat lagi, waktu belajar subjek perdagangan - topik kepenggunaan di sekolah dulu, guru aku sering mengatakan bahawa semua manusia adalah pengguna dan dalam masa yang sama semua manusia juga pengeluar. Ringkasnya, pengguna bermaksud orang yang mengguna barang atau perkhidmatan dan pengeluar pula adalah orang yang mengeluarkan barang atau perkhidmatan. Aku akur dengan kenyataan itu. Akur dan tetap akur sampai bila-bila. Kini aku seorang guru. Aku juga mengulangi semula kenyataan itu kepada pelajar-pelajar ku. Aku mahu semua pelajar aku faham dan sedar akan konsep itu. Bahawa pengguna dan pengeluar itu adalah orang yang sama. Cuma apa yang digunakan atau dikeluarkannya itu berbeza-beza. Tidak ada seorang pengguna pun dapat memenuhi semua keperluan dan kehendaknya dengan mengeluarkan semua kehendak dan keperluan mereka sendiri. Kebolehan manusia terhad tetapi kehendak tanpa batasan.
Sebagai pengguna kita ada hak dan tanggungjawab. Begitu juga kita sebagai pengeluar. Kita ada hak dan tanggungjawab sebagai pengeluar. Tahu, sedar dan fahamkah kita dengan semua hak dan tanggungjawab itu.
TANGGUNGJAWAB PENGGUNA
KESEDARAN MENGKRITIK
PEMBABITAN DAN TINDAKAN
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
TANGGUNGJAWAB ALAM SEMULA JADI
BERSATU PADU
Sunday, September 13, 2009
Wednesday, September 9, 2009
NEC NP100G
Hari itu, 6 Sept/16 Ramadhan. Aku gi KL kerana ada temu janji dengan seseorang. Aku gi KL sorang je, dengan bas. Kul 12.15. Sampai KL (Pudu Raya) bihkuang kul 3.45. Temu janji bihkuang kul 4.30. Memandangkan masa masih awal, aku ronda-rondalah dulu. Jalan ikut ke mana kaki melangkah. Tapi tak jauhlah dari PR. Penat jln aku duk kat depan menara May Bank. Tak lama telefon ku bunyi. Rupanya dah hampir kul 4.30. Orang itu dah ada kat area PR juga. Akupun gi lah kat dia. Perjumpaan taklah lama. Tak sampaipun 15 minit. setelah urusan selesai akupun tak tunggu lagi. Terus ke kaunter tiket. Dapatkan tiket untuk balik semula ke Taiping. 5.15 dan sampai rumah jam 8.30.
Tuesday, September 1, 2009
KELAS PMR
Hari ini aku gunakan teknik baru dalam P&P aku pada kelas 3A3. Lebih kurang kaedah mastery learning tapi sebenarnya teknik itu adalah gabungan beberapa cara antaranya, mastery learning, Assesement for learning dan Explorace. Pelajar-pelajar nampaknya berminat dengan kaedah ini. Kelas berjalan lancar dan kawalan kelas ok. Aku hanya bertindak sebagai fasi. Aktiviti dokumentasi pembelajaran, perbincangan antara rakan dan perbincangan bersama fasi dalam kumpulan kecil.
Aku rasa aku dah jumpa kaedah P&P yang sesuai dengan pelajar-pelajar aku. Alhamdulilah. Berkat Ramadhan mubarak ini, rasanya tak sesia aku bersengkang mata sejak malam pertama lagi untuk merancang dan menyediakan bahan. Aku harap kaedah ini berkesan untuk meningkatkan pencapaian subjek aku dalam PMR.
Aku akan terus guna kaedah ini.

Sunday, August 30, 2009
Salam Merdeka.
Assalamualaikum Wr.Wb. Salam Merdeka dan Salam 1 Malaysia
untuk semua yang bernaung di bawah kibaran Jalur Gemilang, Malaysia negara tercinta.
Sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke 52 ini,
dengan bangganya ingin ku coretkan sesuatu untuk kalian semua.
Bukan madah berbahasa indah, bukan seloka untuk bergelak ketawa tetapi hanya curahan rasa peribadi. Bukan coretan rasa yang panjang berjela-jela tetapi sebagai rakyat di negara tercinta ini aku perlu menyatakannya; bahawa
AKU BANGGA BERNAUNG DI BAWAH KIBARANMU..........
JALUR GEMILANG
AKU BANGGA, BAHAWA AKU ADALAH RAKYAT SEBUAH NEGARA .........
YANG BERNAMA
M A L A Y S I A
HARAPANKU AGAR MALAYSIA AKAN TERUS MAJU DAN KEKAL AMAN MAKMUR SELAMANYA.
MERDEKA....................................
MERDEKA..............................
MERDEKA........................
MERDEKA..................
MERDEKA............
MERDEKA......
MERDEKA
Subscribe to:
Posts (Atom)