Mengimbas kembali apa yang telah dilakukan terutama yang membabitkan hal kerjaya ( P&P dan Ko-Kurikulum) rupa-rupanya tanpa disedari aku telah melakukan sesuatu. Memang pada mulanya (walaupun sedar apa yang dilakukan) tapi tidaklah terfikir. Ya...... ringkasnya, apa yang aku laksanakan sama ada dalam P&P atau Ko-kurikulum (persatuan) adalah berlandaskan tema-tema tertentu. Walaupun pada mulanya tema-tema itu aku wujudkan hanya untuk memotivasikan diri agar sentiasa berfikiran positif dan dapat memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak didik tetapi kini seolah-olah telah menjadi satu keperluan untuk aku menggunakan tema-tema tertentu dalam pelaksanaan aktiviti.
2000 - 2003 - Menjejak mutiara dirimba
Tema ini diwujudkan ketika aku mula memikirkan dan merancang melaksanakan satu aktiviti persatuan yang mempunyai kelainan. Lama juga berfikir dan mencari aktiviti yang sesuai. Idea tercetus pada Januari 2001. Aktiviti Eko-Kreatif. Sesuai dengan persekitaran sekolah terletak dipedalaman dan dikelilingi alam semula jadi yang masih menghijau, belum tercemar. Hasil aktiviti, telah tertubuh sebuah galeri persatuan untuk mempanmerkan semua produk yang dihasilkan.
2004 - 2005 - Never Ending Discovery.
Pelaksanaan aktiviti Eko-Kreatif telah menghasilkan beberapa kejayaan antaranya, menemui spesies kulat yang luar biasa (saiz dan bentuk)- dikenali sebagai "Raja Kulat", mencipta krim 'mutiara rimba' - sagu hati karnival sains dan teknologi JPN pertak 2002, pengiktirafan Malaysia Book of Records (Kulat terbesar di Malaysia)- 2003, Liputan Majalah 3 dan tersiar pada 11 September 2004, Lebih 20 pameran hasil produk kraf kulat (dalam dan luar) - termasuk pameran yang di Cemar Duli oleh Tuanku Sultan Perak pada 12 Mei 2005, serta pekenan Tuanku Sultan pada 'raja Kulat' untuk di tempatkan di Galeri Sultan Azlan Shah. Dalam masa yang sama banyak lagi ciptaan (walaupun kecil) terhasil.
2006 - 2008 - Never give up.
Memang sedih kerana terpaksa 'berpisah' dengan 'raja kulat', tapi itulah kejayaan. Tidak perlu give-up. Usaha mesti diteruskan. Memindahkan galeri dari bilik kelas ke bangunan bekas rumah guru yang telah tidak digunakan lagi. Dan sempena ulang tahun Tuanku Sultan yang ke 79, aku dianugerahkan dengan Darjah Kebesaran Negeri. "Ahli Mahkota Perak - AMP". Usaha meneruskan aktiviti eko-kreatif masih terus dijalankan. Melaksanakan aktiviti eko-teroka dan eko-cipta untuk menambah banyak dan kepelbagaian bahan pameran di galeri.
2009 - 2010 - Look over your head.
Tema mulai 2009 terpaksa diubah kerana Persatuan Kemahiran Hidup "dicutikan". Tiada persatuan bermakna tiada ahli dan tiada aktiviti. Jadi kerja-kerja menyenggara galeri terpaksa dilakukan sendiri disamping sesekali dengan tenaga ehsan dari beberapa orang pelajar yang bersimpati. Dalam pada itu, usaha memujuk agar diwujudkan semula persatuan dijalankan dari semasa ke semasa. Terasa sesuatu juga tetapi terpaksalah "look over your head". Terima walaupun tanpa tau sebab.
2011 - Menggapai angkasa, membidik kecemerlangan
Persatuan Kemahiran Hidup diwujudkan semula. Suntikan semangat tercetus kerana galeri telah dilawati oleh Tuan Pengarah Pelajaran Perak, Encik Rauhi bin Md. Isa seawal hari kedua sesi persekolahan 2011. Sesuatu mesti dilakukan. Untuk membina semula keruntuhan bukan mudah. Penjenamaan semula perlu dilakukan. Perlu ada kelainan lagi. Biar kecil tetapi bermotif. Menjejak mutiara dirimba bukan mustahil, begitu juga menggapai angkasa.
Showing posts with label Denai alam. Show all posts
Showing posts with label Denai alam. Show all posts
Tuesday, February 22, 2011
Monday, February 22, 2010
Dedikasi untuk ibu
Ibuku, - Tum bt Embun
'...................................'
kini berusia 82 tahun, masih sihat dan bertenaga. Alhamdulilah
Semoga hidupmu sentiasa didalam rahmat yang maha esa.
Ibu angkatku di Kg Kauran, Keningau Sabah.
Di sekolah ini, SM Ken Hwa, Keningau,
aku memulakan kerjaya sebagai guru.
1985-1989
di sini - IP Gaya, Kota Kinabalu
bermulanya kerjayaku sebagai guru
1982 - 1984
antara yang ku kagumi
kegigihan dan didikasi petani di daerah ini.....Tambunan, Sabah.
inginku gapai lagi puncakmu- kinabalu.
Aaahh.....aku tetap 'gila'
dendam masih terpendam
Wednesday, February 17, 2010
Minda dan Mata Orang Cemerlang
"Orang cemerlang sentiasa melihat kecemerlangan
orang lain dengan mata dan minda
tetapi orang biasa melihatnya
dengan mata dan hati semata-mata"
"Bijak pandai melihat kebijaksanaan
tetapi orang biasa melihat
kekurangan dan kebodohan orang lain"
Sunday, January 3, 2010
Sesi 2010
Hari ini, 4 Januari, bermulanya sesi persekolahan 2010 (Bagi negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu sesi persekolahan bermula semalam - 3 Januari). Selamat kembali semula ke sekolah setelah lebih kurang enam minggu 'bercuti' buat rakan-rakan guru walau di mana jua ditugaskan di Malaysia Negara tercinta ini. Selamat bertugas ditempat baru pada guru-guru yang berpindah sekolah. Pada guru-guru yang baru 'posting', selamat bertugas dan menempuhi alam baru dipermulaan kerjaya. Begitu juga dengan semua pelajar dan petugas-petugas lain berkaitan. Seperti orang-orang lain dan juga tahun-tahun sebelumnya, sudah semestinya kita warga pendidikan mempunyai azam untuk menyumbang dan juga menerima sesuatu yang terbaik pada tahun ini.
Selamat datang kepada pengetua baru, Puan Rosiah bt Rasalan (bertukar daripada SMK Kenering, Grik) dan kepada Puan Hasmah bt Mohd. Yusuff pula, selamat bertugas di sekolah baru, SMK Klian Pauh, Taiping. Semoga di tempat bertugas baru ini akan memberikan kejayaan yang lebih cemerlang.
Sebenarnya pencapaian, kecemerlangan dan kejayaan kita dalam kerjaya pendidikan (guru) ini amat sukar untuk diukur. Menggunakan pencapaian peperiksaan sebagai kayu ukur, walaupun boleh tetapi hanya mengukur satu daripada berpuluh-puluh bahagian lain. Namun untuk itu semua, kita terpaksa terima hakikat dengan penuh keredaan dan kesedaran. Apa yang lebih penting adalah kita telah melakukan sesuatu yang terbaik yang boleh dan termampu berasaskan sumber yang ada. Apabila kita dapat melaksanakannya dengan baik, sempurna dan berkesan, maka cemerlanglah kita dalam kerjaya sebagai guru.

Tuesday, December 22, 2009
Denai Alam 6
Perlukah dilayan jika anda menerima yang seumpamanya seperti ini.................................
SMS 1 - Cikgu Zainal kemarut betina : Miss Hasmah
Kata-kata 1 - PHD............. ..........pingat habiskan duit.
SMS 2 - Sklh beli baru .............., tinggal nak bubuh nama.
Ulasan aku
SMS 1 - 27 Ogos 2007 - Waktu aku terima sms itu, aku sedang menunggu kereta yang ku hantar servis sebelum bertolak ke Sungai Petani untuk menghadiri mesyuarat JU KHB PK anjuran JPN. Memang aku sangat terganggu angkara sms itu. Apa tidaknya, orang yang menghantar sms itu menamakan dirinya Miss Hasmah. Puan Hasmah adalah pengetua sekolah tempat aku mengajar ketika itu. Dalam senyap aku siasat dan tunjukkan sms tu pada rakan-rakan tertentu. Juga ku tunjukkan pada Puan Hasmah. Tujuanku bukan untuk meraih ihsan, tapi untuk merisik, siapa punya angkara. Alhamdulilah, semua mereka faham dan akhirnya aku dapat pasti manusia itu dengan tepat.
Kata-kata 1 - Oktober 2009. - Sebenarnya ini lagi membuatkan aku tak faham. Tak faham pada kata-katanya dan tak faham mengapa beliau sanggup mengatakan itu pada ku. Aku harap beliau semaklah akaun dan kalau tak puas hati, tanyalah aku apa-apa yang telah aku belanjakan dan apa tujuannya.
SMS 2 - 14-12-2009 - Sebenarnya aku tak pernah kelim hak orang sebagai hak aku atau menamakan harta orang dengan nama aku. Orang lain yang melakukannya. Apa tidaknya, apa yang aku buat, jaga dan simpan kerana tanggungjawab, dihujung bebenda tu orang namakan dengan nama aku. xxxxx aku, xxxxxxx aku, xxxxxxx aku, xxxxxxxx aku, xxxxxxxxx aku, dan berbagai alat lagi. Jadi, apa maknanya SMS itu??????????????.
Kadang-kadang aku terfikir juga...........Sederhana itu adalah yang terbaik. Kerana jika lebih, tak kena dan apa lagi jika kurang. Biarlah dua si Luncai tu terjun dengan labu-labunya. Aku tetap aku seperti seadanya.

Tuesday, November 17, 2009
Denai alam 4
Awal aku bangun pagi hari ini. Jarum pendek jam terletak dipertengahan angka 5 dan 6. Sementara jarum panjang hampir kepada angka 6. Ah.........dah pukul lima setengah. Terasa senyap hari ini. Dari jendela kamar aku lihat luar. Rasanya cuaca cerah hari ini. Tak terdengar rintik-rintik hujan seperti hari-hari sebelumnya.
Aku mengeliat lesu untuk mengendurkan semula otot-otot yang masih terasa tegang walauoun telah beberapa jam rehat. Alhamdulilah............dipanjangkan lagi usiaku. Sekurang-kurangnya sehingga aku tersedar dari lena yang agak panjang. Memang semalam aku tidur agak awal. Lazimnya jejak pukul dua atau tiga pagi, tapi semalam jam sepuluh aku dah terasa amat mengantuk. Memang sepatutnya semalam aku tidur awal untuk mendapatkan rehat yang cukup. Siangnya sehari suntuk aku membanting tulang. Keluar rumah jam 6.30 pagi dan balik sampai ke rumah pukul 6.30 petang.
Hari ini aku akan menyambung kerja-kerja yang belum selesai semalam. Tanah lebih seekar yang telah siap dipugar masih kelihatan kosong. Masih belum diisi sepenuhnya dengan benih semaian seperti yang dirancang. Target lima ratus perdu tebu tapi baru selesai diisi dengan lebih kurang 350 perdu. 20 batang anak pokok nangka madu dan 20 batang anak pokok limau nipis masih belum ditanam lagi walaupun lubang penenaman telah siap digali dan ditabur baja. Begitu juga dengan benih labu. Juga masih belum disemai ditapak penanaman yang juga telah tersedia.
Sementara itu, hanya dua daripada 10 batas sepanjang 30 kaki di bahagian hadapan tanah untuk terung telah disiapkan. Lapan batas lagi perlu disediakan.
..............banyak lagi kerja yang aku perlu buat………….. Target aku…………semua itu mesti disiapkan menjelang sessi persekolahan ini……..2009 berakhir. 20 atau 21 November 2009. Ini bermakna, aku mempunyai masa dalam minggu lagi. Itupun kalau tak hujan.
Sampai sahaja di sekolah dan selepas mengakses kad kehadiran di mesin perakam waktu aku tidak membuang masa. Ku tukar kasut kepada kasut kerja ladang dan capai cangkul lalu ke lokasi kerja. Semasa melangkah penuh semangat terfikir juga aku.........adakah perlu aku buat kerja-kerja tu. Bukankah aku seorang guru.........pendidik. Mengapa perlu kerja-kerja itu aku lakukan.
Sememangnya diwaktu-waktu hujung sesi persekolahan, aku mempunyai banyak masa terluang. Ya............ sebaik bermula peperiksaan PMR hingga hari terakhir sesi persekolahan. Begitulah pada setiap tahun. Tahun ini, target aku untuk mengusahakan tanah tu. Telah lebih setahun tanah itu terbiar dan semak lalang-belukar mencecah lebih ketinggian aku.
Sebenarnya kerja-kerja tu telah aku mulakan sebaik selesai sahaja peperiksaan PMR. 14 Oktober yang lalu. Seminggu aku gunakan masa untuk memotong semak lalang dan belukar tu dengan mesin galas. Sehari sejam atau setangki petrol. Bergegar juga badanku selepas setiap kali melakukan kerja tu. Namun......Alhamdulilah.......aku dikurniakan daya tahan yang cukup jitu walau usia hampir mencecah setengah abad. Lepas itu, lebih kurang seminggu juga ku biarkan rumput-rumput tu kering sebelum ku bakar dan kerja memugar. Seterusnya kerja-kerja merancang tanda, menyedia lubang penanaman dan menabur baja asas di lubang penanaman.
Sebelum matahari menyebarkan bahang kepanasannya di serata alam, sekurang-kurangnya dua lagi batas penanaman terung mesti aku siapkan. Itu saja yang dapat ku buat dengan kudrat yang ada. Sehari satu batas, itu sudah memadai. Jika dapat dua batas itu adalah bonus bagi ku. Selepas itu aku perlu rehat sambil melakukan kerja-kerja lain yang ringan sebelum minum pagi kerana sememangnya aku belum minum pagi lagi. Di rumah, sebelum keluar pagi tadi seperti lazimnya hanya setengah cawan teh O saja aku minum. Sekadar untuk membasahkan tekak dan menghormati hidangan yang isteriku sediakan. Memang air saja yang dapat disediakan memandangkan, ia juga akan keluar bekerja dimasa yang sama.
Seawal pukul 11.00 pagi lazimnya aku berhenti........... rehat sebentar........ Kerja-kerja rasmi lain sebagai pendidik juga perlu dilakukan. Kelas memang boleh dikatakan tidak ada kerana semua pelajar telah selesai peperiksaan termasuk peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan satu, dua dan empat. Masa perantaraan tu sebelum tamat waktu harian persekolahan jam 2.40 petang perlu aku gunakan dengan sebaik mungkin. Buatlah kerja-kerja apa yang patut di galeri atau kerja-kerja yang diarahkan oleh pihak pentadbir.
Petangnya, seawal pukul empat,aku mesti telah berada di KKCM. Melakukan kerja-kerja persendirian seperti yang ku lakukan diwaktu pagi sebelum menjemput anak-anak daripada kelas KAFA pada pukul 6.00 petang dan pulang ke rumah.
"Success is a state of mind.
If you want success, start thinking
of yourself as a success."
- Dr. Joyce Brothers
If you want success, start thinking
of yourself as a success."
- Dr. Joyce Brothers
Friday, November 13, 2009
Denai Alam 3
Alhamdulilah.......hari ini Jumaat 13/11/09 tanah lebih kurang seekar tu sebahagiannya telah siap ditanam dengan tebu. Lebih 350 perdu. Target sekurang-kurangnya 500 perdu. Terima kasih kepada C. RA dan 10 orang pelajar tingkatan 2. Terima kasih juga pada C. RfMI yang sudi membekalkan anak benih tebu dengan harga yang amat berpatutan. Juga pada Tuan Pengetua, Puan Hasmah bt Muhd. Yusof yang cukup faham dengan kerja-kerja yang kami lakukan. Harap-harap pokok tu cepat mengeluarkan tunas dan hidup dengan subur. Seterusnya mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.
Selain tebu, di tapak itu juga akan ditanam dangan pokok-pokok lain. Pokok kekal, nangka dan limau nipis manakala tanaman kontan lain jagung dan labu. Di kawasan hadapan pula akan ditanam dengan sama ada pokok terung taiwan atau bendi. Luas kawasan tu lebih kurang 30 x 60 kaki dan dibuat 10 batas.
Semalam ketika kerja-kerja penyediaan dan menyusun atur benih di tapak penanaman, C. RA memberi tahu yang C A juga berminat utk sama-sama laksanakan projek di tanah tu. Alhamdulilah.......dengan besar hari aku alu-alukannya tanpa banyak bicara.
Sebenarnya projek ini, tak taulah .....projek siapa. Walaupun kami yang mengusaha dan mengeluarkan apa yang perlu untuk merealisasikannya tapi aku kira itu bukan projek aku. Juga bukan projek kami. Juga bukan untuk aku dan juga bukan untuk kami. Begitu juga dangan persoalan. mengapa aku/kami buat projek tu. Siapa yang suruh atau memandai-mandai je...................Untuk itu-itu semua, aku rasa hanya aku-aku dan kami-kami saja yang faham. Kerana aku-aku dan kami-kami semu tidak akan kekal lama di sini.
Insya'Allah...........pada minggu depan (minggu terakhir persekolahan sessi 2009) akan kami tanam pula pokok-pokok nangka dan limau nipis. Harap-harap upacara menanam yang kami rancang dapat terlaksana.

Thursday, November 5, 2009
Denai Alam 2
Tanah lebih kurang seekar dibahagian belakang kawasan sekolah. Apa boleh buat agar dapat menjana hasil dan pendapatan berterusan untuk sekolah.
Sebanarnya dua tahun lepas, tanah tu telahpun diusahakan dengan tanaman pisang mas tapi kurang menjadi. Mungkin tanah tu kurang sesuai atau mungkin juga kurang penjagaan, maka kurang menjadilah pisang-pisang tu.
Melihat tanah tu terbiar semula, rasanya sayang juga. Lalang dan semak samun telah hampir setinggi aku. Entah apa makhluk yang bermastautin didalam.......entahlah. Kawasan semak samun di dalam kawasan sekolah, maklum sajalah. Kalau apa-apa berlaku......nyaya.....
Memikirkan selepas peperiksaan PMR masa aku agak banyak terluang, aku berbincang dan memberanikan diri untuk mengusahakannya semula. Seminggu selepas PMR maka bermulalah aku mengusahakannya semula.
Langkah pertama, rancang dan bincang apa nak buat. Ubi kayu, tebu........atau pokok saka.....nangka madu.
Langkah kedua, membersihkan semak samun - seminggu hari persekolahan aku mengambil masa membersihkannya. Isnin hingga Jumaat. Itupun tak habis lagi. Ada tinggal sikit lagi dibahagian belakang. Terlalu tebal dan rasa takut juga nak masuk.
Langkah ketiga, dua hari lepas 4/11- Aku sewa traktor daripada orang kampung berhampiran untuk kerja-kerja memugar tanah tu.
Dan......kini tanah tu telah siap dipugar. Semalam dan hari ini hujan. Insya'allah minggu depan aku akan memulakan kerja mengemas kawasan, merancang tanda untuk penanaman dan mencari anak benih. Aku harap minggu akhir persekolahan kawasan itu telah siap ditanam dengan pokok-pokok yang dirancang. Pokok saka - nangka madu dan tanaman lain......ubi kayu dan tebu. Insya'allah.

Thursday, October 8, 2009
Denai alam 1
Bermula dengan UPSR dan kini PMR. Peperiksaan akhir tahun bagi tk 1,2,4, SPM dan STPM akan menyusul tak berapa hari lagi. Ini bermakna sessi persekolahan 2009 kian sampai ke penghujung. PANTAS sungguh masa berlalu. Rasanya mesyuarat pertama sessi persekolahan 2009 baru je semalam dijalankan. Baru je terima tugas untuk sessi 2009. Tup-tup-tap dah nak sampai hujung tahun. Banyak lagi tugas yang tak selesai.
Bercerita tentang masa ni ................... masa dan kita. Adakah masa yang mengejar kita atau kita mengejar masa? Ada orang kata masa mencemburui kita. Tapi yang pastinya orang tak de kata kita cemburu pada masa. Begitu juga dengan kata-kata 'masa itu emas'. Emas itu kalau kita ada, ia adalah aset berharga. Harga tak akan susut, malah akan naik dan terus naik. Jadi betullah....... antara masa dan emas tu. Tak akan menyusut.
Semalam 8/10 seorang rakanku menghadapi kesedihan. Isterinya meninggal dunia. Salam Takziah untuknya. Semoga banyakkan bersabar dan bersedekah untuk roh isterinya.
Al-Fatihah.
Itupun berkait dengan masa. Dah sampai masa. Kita yang ada ni entah bila akan sampai masa. Hanya Tuhan saja yang Maha Mengetahui. Jadi kita laksanakan je lah tanggungjawab kita. Tanggungjawab sebagai hambaNya dan tanggungjawab sebagai manusia. Ada beberapa perkara yang tak perlu kita pertikaikan. Kematian, jodoh, tanah kubur, rezeki dan yang satu lagi ni ..........(lupalah).
Tentang masa juga. Pernahkah kita dengar ada orang BERSUMPAH dengan masa. Tetapi Allah S.W.T. sendiri melakukannya. "Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian.........................
Subscribe to:
Posts (Atom)