Tuesday, September 1, 2009

KELAS PMR

Hari ini aku gunakan teknik baru dalam P&P aku pada kelas 3A3.  Lebih kurang kaedah mastery learning tapi sebenarnya teknik itu adalah gabungan beberapa cara antaranya, mastery learning, Assesement for learning dan Explorace.  Pelajar-pelajar nampaknya berminat dengan kaedah ini. Kelas berjalan lancar dan kawalan kelas ok.  Aku hanya bertindak sebagai fasi.  Aktiviti dokumentasi pembelajaran, perbincangan antara rakan dan perbincangan bersama fasi dalam kumpulan kecil.

Aku rasa aku dah jumpa kaedah P&P yang sesuai dengan pelajar-pelajar aku.  Alhamdulilah.  Berkat Ramadhan mubarak ini, rasanya tak sesia aku bersengkang mata sejak malam pertama lagi untuk merancang dan menyediakan bahan.  Aku harap kaedah ini berkesan untuk meningkatkan pencapaian subjek aku dalam PMR.

Aku akan terus guna kaedah ini.

No comments:

Post a Comment