Tuesday, November 17, 2009

Denai alam 4

Awal aku bangun pagi hari ini. Jarum pendek jam terletak dipertengahan angka 5 dan 6.  Sementara jarum panjang hampir kepada angka 6.  Ah.........dah pukul lima setengah.  Terasa senyap hari ini.   Dari jendela kamar aku lihat luar.  Rasanya cuaca cerah hari ini.  Tak terdengar rintik-rintik hujan seperti hari-hari  sebelumnya.

Aku mengeliat lesu untuk  mengendurkan semula otot-otot yang masih terasa tegang walauoun telah beberapa jam rehat.  Alhamdulilah............dipanjangkan lagi usiaku.  Sekurang-kurangnya sehingga aku tersedar dari lena yang agak panjang.    Memang semalam aku tidur agak awal.  Lazimnya jejak pukul dua atau tiga pagi, tapi semalam jam sepuluh  aku dah terasa amat mengantuk.  Memang sepatutnya semalam aku tidur awal untuk mendapatkan rehat yang cukup.  Siangnya sehari suntuk aku membanting tulang.  Keluar rumah jam 6.30 pagi dan balik sampai ke rumah pukul 6.30 petang. 

Hari ini aku akan menyambung kerja-kerja yang belum selesai semalam.  Tanah lebih seekar yang telah siap dipugar masih kelihatan kosong.  Masih belum diisi sepenuhnya dengan benih semaian seperti yang dirancang.  Target lima ratus perdu tebu tapi baru selesai diisi dengan lebih kurang 350 perdu. 20 batang anak pokok nangka madu dan 20 batang anak pokok limau nipis masih belum ditanam lagi walaupun lubang penenaman telah siap digali dan ditabur baja.  Begitu juga dengan benih labu.   Juga masih belum disemai ditapak penanaman yang juga telah tersedia.

Sementara itu, hanya dua daripada 10  batas sepanjang 30 kaki  di bahagian hadapan tanah untuk terung telah disiapkan.  Lapan batas lagi perlu disediakan. 

..............banyak lagi kerja yang aku perlu  buat…………..  Target aku…………semua itu mesti disiapkan menjelang sessi persekolahan  ini……..2009 berakhir.  20 atau 21 November 2009. Ini bermakna, aku mempunyai masa dalam minggu lagi. Itupun kalau tak hujan.

Sampai sahaja di sekolah dan selepas  mengakses kad  kehadiran di mesin perakam waktu aku tidak membuang masa.  Ku tukar kasut kepada kasut kerja  ladang dan capai cangkul lalu ke lokasi kerja.    Semasa melangkah penuh semangat terfikir juga aku.........adakah perlu aku buat kerja-kerja tu.  Bukankah aku seorang guru.........pendidik.  Mengapa perlu kerja-kerja itu aku lakukan. 

Sememangnya diwaktu-waktu hujung sesi persekolahan, aku mempunyai banyak masa terluang.  Ya............ sebaik bermula  peperiksaan PMR hingga hari terakhir sesi persekolahan.  Begitulah pada setiap tahun.  Tahun ini, target aku untuk mengusahakan tanah tu.  Telah lebih setahun tanah itu terbiar dan semak lalang-belukar mencecah lebih ketinggian aku.

Sebenarnya kerja-kerja tu telah aku mulakan sebaik selesai sahaja peperiksaan PMR.      14 Oktober yang lalu.  Seminggu aku gunakan masa untuk memotong semak lalang dan belukar tu dengan mesin galas.  Sehari sejam atau setangki petrol.    Bergegar juga badanku selepas setiap kali melakukan kerja tu.  Namun......Alhamdulilah.......aku dikurniakan daya tahan yang cukup jitu walau usia hampir mencecah setengah abad.  Lepas itu, lebih kurang seminggu juga ku biarkan rumput-rumput tu kering sebelum ku bakar dan kerja memugar.   Seterusnya kerja-kerja merancang tanda, menyedia lubang penanaman dan menabur baja asas di lubang penanaman.

Sebelum matahari menyebarkan bahang kepanasannya di serata alam, sekurang-kurangnya dua lagi batas penanaman terung mesti aku siapkan.  Itu saja yang dapat ku buat dengan kudrat yang ada.  Sehari satu batas, itu sudah memadai.  Jika dapat dua batas itu adalah bonus bagi ku.  Selepas itu aku perlu rehat sambil melakukan kerja-kerja lain yang ringan sebelum  minum pagi kerana sememangnya aku belum minum pagi lagi.  Di rumah, sebelum keluar pagi tadi seperti lazimnya hanya setengah cawan teh O saja aku minum.  Sekadar untuk membasahkan tekak dan menghormati hidangan yang isteriku sediakan.  Memang air saja yang dapat disediakan memandangkan, ia juga akan keluar bekerja dimasa yang sama. 

Seawal pukul 11.00 pagi lazimnya aku berhenti........... rehat sebentar........  Kerja-kerja rasmi lain sebagai pendidik juga perlu dilakukan.  Kelas memang boleh dikatakan tidak ada kerana semua pelajar telah selesai peperiksaan termasuk peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan satu, dua dan empat.  Masa perantaraan tu sebelum tamat waktu harian persekolahan jam 2.40 petang perlu aku gunakan dengan sebaik mungkin.  Buatlah kerja-kerja apa yang patut di galeri atau kerja-kerja yang diarahkan oleh pihak pentadbir. 

Petangnya, seawal pukul empat,aku mesti telah berada di KKCM.  Melakukan  kerja-kerja persendirian seperti yang ku lakukan diwaktu pagi sebelum menjemput anak-anak daripada kelas KAFA pada pukul 6.00 petang dan pulang ke rumah.


"Success is a state of mind. 
If you want success, start thinking 
of yourself as a success." 
- Dr. Joyce Brothers

No comments:

Post a Comment