Perlukah dilayan jika anda menerima yang seumpamanya seperti ini.................................
SMS 1 - Cikgu Zainal kemarut betina : Miss Hasmah
Kata-kata 1 - PHD............. ..........pingat habiskan duit.
SMS 2 - Sklh beli baru .............., tinggal nak bubuh nama.
Ulasan aku
SMS 1 - 27 Ogos 2007 - Waktu aku terima sms itu, aku sedang menunggu kereta yang ku hantar servis sebelum bertolak ke Sungai Petani untuk menghadiri mesyuarat JU KHB PK anjuran JPN. Memang aku sangat terganggu angkara sms itu. Apa tidaknya, orang yang menghantar sms itu menamakan dirinya Miss Hasmah. Puan Hasmah adalah pengetua sekolah tempat aku mengajar ketika itu. Dalam senyap aku siasat dan tunjukkan sms tu pada rakan-rakan tertentu. Juga ku tunjukkan pada Puan Hasmah. Tujuanku bukan untuk meraih ihsan, tapi untuk merisik, siapa punya angkara. Alhamdulilah, semua mereka faham dan akhirnya aku dapat pasti manusia itu dengan tepat.
Kata-kata 1 - Oktober 2009. - Sebenarnya ini lagi membuatkan aku tak faham. Tak faham pada kata-katanya dan tak faham mengapa beliau sanggup mengatakan itu pada ku. Aku harap beliau semaklah akaun dan kalau tak puas hati, tanyalah aku apa-apa yang telah aku belanjakan dan apa tujuannya.
SMS 2 - 14-12-2009 - Sebenarnya aku tak pernah kelim hak orang sebagai hak aku atau menamakan harta orang dengan nama aku. Orang lain yang melakukannya. Apa tidaknya, apa yang aku buat, jaga dan simpan kerana tanggungjawab, dihujung bebenda tu orang namakan dengan nama aku. xxxxx aku, xxxxxxx aku, xxxxxxx aku, xxxxxxxx aku, xxxxxxxxx aku, dan berbagai alat lagi. Jadi, apa maknanya SMS itu??????????????.
Kadang-kadang aku terfikir juga...........Sederhana itu adalah yang terbaik. Kerana jika lebih, tak kena dan apa lagi jika kurang. Biarlah dua si Luncai tu terjun dengan labu-labunya. Aku tetap aku seperti seadanya.
No comments:
Post a Comment