Tanah lebih kurang seekar dibahagian belakang kawasan sekolah. Apa boleh buat agar dapat menjana hasil dan pendapatan berterusan untuk sekolah.
Sebanarnya dua tahun lepas, tanah tu telahpun diusahakan dengan tanaman pisang mas tapi kurang menjadi. Mungkin tanah tu kurang sesuai atau mungkin juga kurang penjagaan, maka kurang menjadilah pisang-pisang tu.
Melihat tanah tu terbiar semula, rasanya sayang juga. Lalang dan semak samun telah hampir setinggi aku. Entah apa makhluk yang bermastautin didalam.......entahlah. Kawasan semak samun di dalam kawasan sekolah, maklum sajalah. Kalau apa-apa berlaku......nyaya.....
Memikirkan selepas peperiksaan PMR masa aku agak banyak terluang, aku berbincang dan memberanikan diri untuk mengusahakannya semula. Seminggu selepas PMR maka bermulalah aku mengusahakannya semula.
Langkah pertama, rancang dan bincang apa nak buat. Ubi kayu, tebu........atau pokok saka.....nangka madu.
Langkah kedua, membersihkan semak samun - seminggu hari persekolahan aku mengambil masa membersihkannya. Isnin hingga Jumaat. Itupun tak habis lagi. Ada tinggal sikit lagi dibahagian belakang. Terlalu tebal dan rasa takut juga nak masuk.
Langkah ketiga, dua hari lepas 4/11- Aku sewa traktor daripada orang kampung berhampiran untuk kerja-kerja memugar tanah tu.
Dan......kini tanah tu telah siap dipugar. Semalam dan hari ini hujan. Insya'allah minggu depan aku akan memulakan kerja mengemas kawasan, merancang tanda untuk penanaman dan mencari anak benih. Aku harap minggu akhir persekolahan kawasan itu telah siap ditanam dengan pokok-pokok yang dirancang. Pokok saka - nangka madu dan tanaman lain......ubi kayu dan tebu. Insya'allah.
No comments:
Post a Comment