Wednesday, December 23, 2009

KIaM 1

Hari ini kita dikejutkan lagi dengan berita pembunuhan seorang kanak-kanak. Pembunuhan kejam di mana kanak-kanak malang itu dipercayai telah dirogol dan dibunuh ditempat lain sebelum mayatnya dicampak di kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney. ? Sememangnya kematian Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dua tahun lalu belum luput daripada ingatan kita, namun seorang lagi mangsa mengalami nasib yang sama.

Itulah bezanya antara manusia dengan binatang. Pastinya kalau binatang binatang bertindak ganas adalah untuk mempertahankan diri atau memenuhi naluri/keperluan untuk hidup. Tapi manusia bertindak ganas kerana untuk memenuhi keperluan nafsu jahat tanpa batasan. Itulah........kerana ia adalah "manusia".

No comments:

Post a Comment