Mukadimah
Kita dikejutkan dengan penahanan 178 pelajar di sekitar Kuala Lumpur
kerana ponteng sekolah. Kebanyakan alasan yang diberikan adalah
kerana bosan terutamanya setelah tamat peperiksaan akhir tahun.
Reaksi 1 (Mohd Firdaus Mustafar, 33, Exsekutif Operasi)
Sistem pengajaran yang lebih menarik dan menyeluruh perlu didedahkan kepada para pelajar.
Ini bagi menarik perhatian mereka untuk hadir ke sekolah terutamanya pelajar sekolah menengah.
Sekolah bukan sahaja menjadi tempat belajar tetapi pusat pertemuan dan perkembangan minda.
Reaksi 2 (Sharifah Faezah Balqis, 24, Exsekutif MDEC)
Isu ponteng sekolah bukan sesuatu yang baru. Puncanya mungkin kerana hilang minat belajar dan sebagainya. Kementerian yang bertanggungjawab perlu lebih memberi fokus kepada apa yang dimahukan remaja kerana suasana persekitaran sekarang berbeza berbanding dahulu.
Reaksi 3 (Zulkafli Zainal Abidin, 32, Pegawai Bank)
Tempoh persekolahan merupakan satu zaman yang mencabar. Pada ketika usia remaja, sememangnya pelajar sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baru. Oleh itu sekolah
harus menjadi tempat untuk pelajar mengekspresi diri. Ini akan membantu mengembangkan pemikiran mereka.
Reaksi 4 (Hamidah Mohd Yusup, 29 Pegawai Bank)
Latar belakang sosial pelajar menjadi punca kenapa mereka ponteng sekolah. Ditambah pula dengan kekangan disiplin oleh guru. Saya berpandangan mutu pendidikan perlu
ditambah baik dan aktiviti sukan dan sosial perlu dipertingkatkan untuk menarik minat
pelajar pergi ke sekolah
Reaksi 5 (Mohd Hanafiah Junsi, 29, Ahli Perniagaan)
Zaman persekolahan sekarang semakin mencabar berbanding dahulu.
Para pelajarnya cepat bosan. Oleh itu pihak sekolah dan guru perlu lebih memberi perhatian
kepada pelajar dan mengisi masa dengan pelbagai kegiatan berfaedah. Mereka tidak
seharusnya dihalang daripada mencambah kreativiti.
Reaksi 6 (Hafizatul Azlin, 25, Pegawai Pentadbir Universiti)
Sekolah sepatutnya menjadi sumber ilmu kepada para pelajar. Tetapi kerana hanyut
dibuai jiwa remaja, maka para pelajar lebih gemar ponteng. Mungkin pengisian yang
lebih bermakna seperti aktiviti keagamaan dan kebudayaan boleh membantu menyelesaikan
masalah ini.
No comments:
Post a Comment