HAK PENGGUNA
HAK UNTUK MENDAPAT KEPERLUAN ASAS
HAK UNTUK MEMBUAT PILIHAN
HAK UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT
HAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI
HAK UNTUK MENDAPAT PERKHIDMATAN DAN BARANGAN YANG SELAMAT
HAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT
HAK UNTUK MENDAPAT PENDIDIKAN PENGGUNA
HAK UNTUK MENDAPAT ALAM SEKITAR YANG BERSIH DAN SELAMAT
Aku masih ingat lagi, waktu belajar subjek perdagangan - topik kepenggunaan di sekolah dulu, guru aku sering mengatakan bahawa semua manusia adalah pengguna dan dalam masa yang sama semua manusia juga pengeluar. Ringkasnya, pengguna bermaksud orang yang mengguna barang atau perkhidmatan dan pengeluar pula adalah orang yang mengeluarkan barang atau perkhidmatan. Aku akur dengan kenyataan itu. Akur dan tetap akur sampai bila-bila. Kini aku seorang guru. Aku juga mengulangi semula kenyataan itu kepada pelajar-pelajar ku. Aku mahu semua pelajar aku faham dan sedar akan konsep itu. Bahawa pengguna dan pengeluar itu adalah orang yang sama. Cuma apa yang digunakan atau dikeluarkannya itu berbeza-beza. Tidak ada seorang pengguna pun dapat memenuhi semua keperluan dan kehendaknya dengan mengeluarkan semua kehendak dan keperluan mereka sendiri. Kebolehan manusia terhad tetapi kehendak tanpa batasan.
Sebagai pengguna kita ada hak dan tanggungjawab. Begitu juga kita sebagai pengeluar. Kita ada hak dan tanggungjawab sebagai pengeluar. Tahu, sedar dan fahamkah kita dengan semua hak dan tanggungjawab itu.
TANGGUNGJAWAB PENGGUNA
KESEDARAN MENGKRITIK
PEMBABITAN DAN TINDAKAN
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
TANGGUNGJAWAB ALAM SEMULA JADI
BERSATU PADU
No comments:
Post a Comment