Friday, January 20, 2012

Pemikiran rasional kelebihan Melayu

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, pengaruh pemikiran rasional yang disumbangkan oleh Islam kepada bangsa Melayu adalah faktor yang menjadikan ia bangsa yang maju, moden dan akomodatif.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, melalui pendekatan yang rasional, para pemimpin yang terdahulu berjaya mendapatkan kemerdekaan negara dan mewujudkan kerjasama politik pelbagai kaum untuk mentadbir negara secara bersama.

"Melalui pendekatan yang rasional jugalah kita berjaya mengharungi beberapa episod hitam dalam sejarah hubungan kaum di negara kita dan kemudiannya bersama-sama bangkit untuk membina kekuatan sebagai sebuah negara bangsa yang maju dan bersatu padu.

"Lebih penting lagi, pemikiran yang rasional membolehkan bangsa Melayu dan kaum-kaum lain di negara kita menerima perbezaan sebagai sebahagian daripada fitrah kehidupan dalam sebuah masyarakat majmuk yang rencam budaya, agama dan tradisi," katanya.

baca seterusnya: Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:

'via Blog this'