Friday, November 13, 2009

Denai Alam 3

Alhamdulilah.......hari ini Jumaat 13/11/09 tanah lebih kurang seekar tu sebahagiannya telah siap ditanam dengan tebu.  Lebih 350 perdu. Target sekurang-kurangnya 500 perdu.  Terima kasih kepada C. RA dan 10 orang pelajar tingkatan 2.  Terima kasih juga pada C. RfMI yang sudi membekalkan anak benih tebu dengan harga yang amat berpatutan.  Juga pada Tuan Pengetua, Puan Hasmah bt Muhd. Yusof yang cukup faham dengan kerja-kerja yang kami lakukan.   Harap-harap pokok tu cepat mengeluarkan tunas dan hidup dengan subur.  Seterusnya mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.

Selain tebu, di tapak itu juga akan ditanam dangan pokok-pokok lain.  Pokok kekal, nangka dan limau nipis manakala tanaman kontan lain jagung dan labu.  Di kawasan hadapan pula akan ditanam dengan sama ada pokok terung taiwan atau bendi.  Luas kawasan tu lebih kurang 30 x 60 kaki dan dibuat 10 batas.

Semalam ketika kerja-kerja penyediaan dan menyusun atur benih di tapak penanaman, C. RA memberi tahu yang C A juga berminat utk sama-sama laksanakan projek di tanah tu.  Alhamdulilah.......dengan besar hari aku alu-alukannya tanpa banyak bicara.

Sebenarnya projek ini, tak taulah .....projek siapa.  Walaupun kami yang mengusaha dan mengeluarkan apa yang perlu untuk merealisasikannya tapi aku kira itu bukan projek aku.   Juga bukan projek kami.  Juga bukan untuk aku dan juga bukan untuk kami. Begitu juga dangan persoalan. mengapa aku/kami buat projek tu. Siapa yang suruh atau memandai-mandai je...................Untuk itu-itu semua, aku rasa hanya aku-aku dan kami-kami saja yang faham.  Kerana aku-aku dan kami-kami semu tidak akan kekal lama di sini.  

Insya'Allah...........pada minggu depan (minggu terakhir persekolahan sessi 2009) akan kami tanam pula pokok-pokok nangka dan limau nipis.  Harap-harap upacara menanam yang kami rancang dapat terlaksana.

No comments:

Post a Comment