Mengimbas kembali apa yang telah dilakukan terutama yang membabitkan hal kerjaya ( P&P dan Ko-Kurikulum) rupa-rupanya tanpa disedari aku telah melakukan sesuatu. Memang pada mulanya (walaupun sedar apa yang dilakukan) tapi tidaklah terfikir. Ya...... ringkasnya, apa yang aku laksanakan sama ada dalam P&P atau Ko-kurikulum (persatuan) adalah berlandaskan tema-tema tertentu. Walaupun pada mulanya tema-tema itu aku wujudkan hanya untuk memotivasikan diri agar sentiasa berfikiran positif dan dapat memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak didik tetapi kini seolah-olah telah menjadi satu keperluan untuk aku menggunakan tema-tema tertentu dalam pelaksanaan aktiviti.
2000 - 2003 - Menjejak mutiara dirimba
Tema ini diwujudkan ketika aku mula memikirkan dan merancang melaksanakan satu aktiviti persatuan yang mempunyai kelainan. Lama juga berfikir dan mencari aktiviti yang sesuai. Idea tercetus pada Januari 2001. Aktiviti Eko-Kreatif. Sesuai dengan persekitaran sekolah terletak dipedalaman dan dikelilingi alam semula jadi yang masih menghijau, belum tercemar. Hasil aktiviti, telah tertubuh sebuah galeri persatuan untuk mempanmerkan semua produk yang dihasilkan.
2004 - 2005 - Never Ending Discovery.
Pelaksanaan aktiviti Eko-Kreatif telah menghasilkan beberapa kejayaan antaranya, menemui spesies kulat yang luar biasa (saiz dan bentuk)- dikenali sebagai "Raja Kulat", mencipta krim 'mutiara rimba' - sagu hati karnival sains dan teknologi JPN pertak 2002, pengiktirafan Malaysia Book of Records (Kulat terbesar di Malaysia)- 2003, Liputan Majalah 3 dan tersiar pada 11 September 2004, Lebih 20 pameran hasil produk kraf kulat (dalam dan luar) - termasuk pameran yang di Cemar Duli oleh Tuanku Sultan Perak pada 12 Mei 2005, serta pekenan Tuanku Sultan pada 'raja Kulat' untuk di tempatkan di Galeri Sultan Azlan Shah. Dalam masa yang sama banyak lagi ciptaan (walaupun kecil) terhasil.
2006 - 2008 - Never give up.
Memang sedih kerana terpaksa 'berpisah' dengan 'raja kulat', tapi itulah kejayaan. Tidak perlu give-up. Usaha mesti diteruskan. Memindahkan galeri dari bilik kelas ke bangunan bekas rumah guru yang telah tidak digunakan lagi. Dan sempena ulang tahun Tuanku Sultan yang ke 79, aku dianugerahkan dengan Darjah Kebesaran Negeri. "Ahli Mahkota Perak - AMP". Usaha meneruskan aktiviti eko-kreatif masih terus dijalankan. Melaksanakan aktiviti eko-teroka dan eko-cipta untuk menambah banyak dan kepelbagaian bahan pameran di galeri.
2009 - 2010 - Look over your head.
Tema mulai 2009 terpaksa diubah kerana Persatuan Kemahiran Hidup "dicutikan". Tiada persatuan bermakna tiada ahli dan tiada aktiviti. Jadi kerja-kerja menyenggara galeri terpaksa dilakukan sendiri disamping sesekali dengan tenaga ehsan dari beberapa orang pelajar yang bersimpati. Dalam pada itu, usaha memujuk agar diwujudkan semula persatuan dijalankan dari semasa ke semasa. Terasa sesuatu juga tetapi terpaksalah "look over your head". Terima walaupun tanpa tau sebab.
2011 - Menggapai angkasa, membidik kecemerlangan
Persatuan Kemahiran Hidup diwujudkan semula. Suntikan semangat tercetus kerana galeri telah dilawati oleh Tuan Pengarah Pelajaran Perak, Encik Rauhi bin Md. Isa seawal hari kedua sesi persekolahan 2011. Sesuatu mesti dilakukan. Untuk membina semula keruntuhan bukan mudah. Penjenamaan semula perlu dilakukan. Perlu ada kelainan lagi. Biar kecil tetapi bermotif. Menjejak mutiara dirimba bukan mustahil, begitu juga menggapai angkasa.
No comments:
Post a Comment