"If you don?t have time to do it right,
when will you have time to do it over?"
- John Wooden
"Love involves a peculiar unfathomable combination of understanding and misunderstanding." Diane Arbu
Thursday, December 24, 2009
Wednesday, December 23, 2009
KIaM 1
Hari ini kita dikejutkan lagi dengan berita pembunuhan seorang kanak-kanak. Pembunuhan kejam di mana kanak-kanak malang itu dipercayai telah dirogol dan dibunuh ditempat lain sebelum mayatnya dicampak di kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney. ? Sememangnya kematian Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dua tahun lalu belum luput daripada ingatan kita, namun seorang lagi mangsa mengalami nasib yang sama.
Itulah bezanya antara manusia dengan binatang. Pastinya kalau binatang binatang bertindak ganas adalah untuk mempertahankan diri atau memenuhi naluri/keperluan untuk hidup. Tapi manusia bertindak ganas kerana untuk memenuhi keperluan nafsu jahat tanpa batasan. Itulah........kerana ia adalah "manusia".

Labels:
Kerana ia adalah Manusia
Tuesday, December 22, 2009
Denai Alam 6
Perlukah dilayan jika anda menerima yang seumpamanya seperti ini.................................
SMS 1 - Cikgu Zainal kemarut betina : Miss Hasmah
Kata-kata 1 - PHD............. ..........pingat habiskan duit.
SMS 2 - Sklh beli baru .............., tinggal nak bubuh nama.
Ulasan aku
SMS 1 - 27 Ogos 2007 - Waktu aku terima sms itu, aku sedang menunggu kereta yang ku hantar servis sebelum bertolak ke Sungai Petani untuk menghadiri mesyuarat JU KHB PK anjuran JPN. Memang aku sangat terganggu angkara sms itu. Apa tidaknya, orang yang menghantar sms itu menamakan dirinya Miss Hasmah. Puan Hasmah adalah pengetua sekolah tempat aku mengajar ketika itu. Dalam senyap aku siasat dan tunjukkan sms tu pada rakan-rakan tertentu. Juga ku tunjukkan pada Puan Hasmah. Tujuanku bukan untuk meraih ihsan, tapi untuk merisik, siapa punya angkara. Alhamdulilah, semua mereka faham dan akhirnya aku dapat pasti manusia itu dengan tepat.
Kata-kata 1 - Oktober 2009. - Sebenarnya ini lagi membuatkan aku tak faham. Tak faham pada kata-katanya dan tak faham mengapa beliau sanggup mengatakan itu pada ku. Aku harap beliau semaklah akaun dan kalau tak puas hati, tanyalah aku apa-apa yang telah aku belanjakan dan apa tujuannya.
SMS 2 - 14-12-2009 - Sebenarnya aku tak pernah kelim hak orang sebagai hak aku atau menamakan harta orang dengan nama aku. Orang lain yang melakukannya. Apa tidaknya, apa yang aku buat, jaga dan simpan kerana tanggungjawab, dihujung bebenda tu orang namakan dengan nama aku. xxxxx aku, xxxxxxx aku, xxxxxxx aku, xxxxxxxx aku, xxxxxxxxx aku, dan berbagai alat lagi. Jadi, apa maknanya SMS itu??????????????.
Kadang-kadang aku terfikir juga...........Sederhana itu adalah yang terbaik. Kerana jika lebih, tak kena dan apa lagi jika kurang. Biarlah dua si Luncai tu terjun dengan labu-labunya. Aku tetap aku seperti seadanya.

Monday, December 21, 2009
Denai Alam 5
Dalam DA5 ini, ingin aku memaparkan semula reaksi beberapa individu berkaitan isu ponteng sekolah seperti yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia pada 15 November 2009.
Mukadimah
Kita dikejutkan dengan penahanan 178 pelajar di sekitar Kuala Lumpur
kerana ponteng sekolah. Kebanyakan alasan yang diberikan adalah
kerana bosan terutamanya setelah tamat peperiksaan akhir tahun.
Reaksi 1 (Mohd Firdaus Mustafar, 33, Exsekutif Operasi)
Sistem pengajaran yang lebih menarik dan menyeluruh perlu didedahkan kepada para pelajar.
Ini bagi menarik perhatian mereka untuk hadir ke sekolah terutamanya pelajar sekolah menengah.
Sekolah bukan sahaja menjadi tempat belajar tetapi pusat pertemuan dan perkembangan minda.
Reaksi 2 (Sharifah Faezah Balqis, 24, Exsekutif MDEC)
Isu ponteng sekolah bukan sesuatu yang baru. Puncanya mungkin kerana hilang minat belajar dan sebagainya. Kementerian yang bertanggungjawab perlu lebih memberi fokus kepada apa yang dimahukan remaja kerana suasana persekitaran sekarang berbeza berbanding dahulu.
Reaksi 3 (Zulkafli Zainal Abidin, 32, Pegawai Bank)
Tempoh persekolahan merupakan satu zaman yang mencabar. Pada ketika usia remaja, sememangnya pelajar sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baru. Oleh itu sekolah
harus menjadi tempat untuk pelajar mengekspresi diri. Ini akan membantu mengembangkan pemikiran mereka.
Reaksi 4 (Hamidah Mohd Yusup, 29 Pegawai Bank)
Latar belakang sosial pelajar menjadi punca kenapa mereka ponteng sekolah. Ditambah pula dengan kekangan disiplin oleh guru. Saya berpandangan mutu pendidikan perlu
ditambah baik dan aktiviti sukan dan sosial perlu dipertingkatkan untuk menarik minat
pelajar pergi ke sekolah
Reaksi 5 (Mohd Hanafiah Junsi, 29, Ahli Perniagaan)
Zaman persekolahan sekarang semakin mencabar berbanding dahulu.
Para pelajarnya cepat bosan. Oleh itu pihak sekolah dan guru perlu lebih memberi perhatian
kepada pelajar dan mengisi masa dengan pelbagai kegiatan berfaedah. Mereka tidak
seharusnya dihalang daripada mencambah kreativiti.
Reaksi 6 (Hafizatul Azlin, 25, Pegawai Pentadbir Universiti)
Sekolah sepatutnya menjadi sumber ilmu kepada para pelajar. Tetapi kerana hanyut
dibuai jiwa remaja, maka para pelajar lebih gemar ponteng. Mungkin pengisian yang
lebih bermakna seperti aktiviti keagamaan dan kebudayaan boleh membantu menyelesaikan
masalah ini.
Tirai 2010
Kurang 10 hari lagi, akan berlabuhlah tirai 2009. Diwaktu yang sama akan terbukalah pula tirai 2010. Ini bermakna kita telah melepasi satu darsa warsa dalam alaf baru ini. Rasanya terlalu pantas masa berlalu. Satu darsa warsa yang telah kita tinggalkan..........apakah yang telah kita perolehi. Pengisian apakah yang telah kita buat pada waktu yang sebenarnya begitu panjang itu........ Pastinya telah banyak yang bertambah...... usia, pengalaman, ilmu, harta, anak-anak, saudara mara........dan pastinya terlalu banyak untuk disenaraikan........namun, hakikatnya ramai diantara kita tidak menyedari secara total apa-apa yang telah bertambah. Begitu juga dengan bertambahnya pula apa-apa yang telah berkurangan.
Bagi anak-anak yang lahir pada tahun 2000, mereka akan melangkah ke tahun 4. Bagi yang mula menjejak kaki kesekolah pada tahun 2000, mereka akan menduduki peperiksaan PMR. Bagi yang mula sekolah menengah pada tahun 2000, pastinya pada 2010 nanti ada antara mereka akan mengenggam segulung ijazah. Dan pastinya dalam darsa warsa kedua yang akan muncul nanti akan lebih banyak lagi apa-apa yang akan berlaku tanpa kita jangka.
Namun, walau banyak mana yang telah bertambah dan juga yang telah berkurangan, perjuangan untuk hidup perlu juga diteruskan. Berjuanglah untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik dengan penuh tanggungjawab. Berjuanglah untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik dengan seikhlasnya.
Semoga dalam tempoh darsa warsa kedua dalam alaf ini akan lebih banyak yang baik-baik kita perolehi. Namun untuk itu, kita mesti menyumbang lebih banyak kebaikkan untuk memperolehi lebih banyak lagi kebaikkan. InsyAllah.

Subscribe to:
Posts (Atom)