Monday, March 8, 2010

Projek Pertanian

Nampaknya projek nangka mastura, tebu dan limau nipis yang mula diusahakan pada oktober 2009 yang lepas akan menjadi kenangan.  Hanya gambar-gambar sahaja yang akan menjadi bukti bahawa di tapak seluas lebih kurang satu ekar itu pernah wujud projek itu.  Projek di tapak  ini sebenarnya dibuat bagi  menggantikan projek pisang yang kurang menjadi.  Jadi, daripada dibiarkan terus menjadi belukar dan tempat bersarang pelbagai  fauna berbahaya, beberapa orang guru (En. Rahim, En. Asri, En. Zamri dan saya) telah mengambil inisiatif untuk mengusahakannya semula.


Kerja-kerja penyediaan tanah - 4 Nov 2009

Barisan Pokok nangka, lepas beberapa minggu ditanam

Pokok tebu setelah lebih kurang 11/2 bulan. - Januari 2010

Pokok limau nipis - Januari 2010

Beberapa batas untuk terung sedang dalam penyediaan - Jan 2010


Ya.......khabarnya tapak itu akan diambil alih oleh JPN untuk dijadikan Pusat Ko-Kurikulum.  Itupun dengar daripada kawan-kawan cerita disamping ada juga terlihat beberapa orang pegawai JPN,  Pusat KO dan pentadbir sekolah meninjau tapak itu.  Secara rasminya memang aku tak diberitahu.  Namun, mendengar khabar itu tidaklah menjadikan aku gundah.  Rasa gembira dan bangga jika rancangan itu benar-benar terlaksana.  Pastinya tak akan kelihatan lagi semak samun di kawasan itu.  Semuanya akan bertukar rupa.  Sebuah kawasan lapang yang terurus sebagai tapak perkhemahan.  Juga landskap keseluruhan sekolah akan berubah.  Saban minggu atau cuti persekolahan tentu ada sahaja aktiviti yang berlangsung.  Akan ramai pula pelawat-pelawat yang datang.  Ah....... pastinya sekolah tempat aku bertugas akan menjadi lebih meriah.  Aku harap semuanya itu akan terjadi.  Tentang projek nangka, tebu dan limau nipis tu tak akan menjadi rugi walau dikorbankan.  Yang pastinya dan lebih penting lagi, akan lebih ramai lagi anak bangsa yang mendapat manafaat daripada pelaksanaan projek itu.

Nangka Mastura - tanah di sini amat sesuai untuk pertumbuhannya.
Tebu dah memerlukan penyenggaraan - buang daun
terung - dah mula berhasil

Keadaan projek seperti tarikh pada foto.  Agak semak tapi masih terkawal.
Pokok-pokok Nangka Madu dan Limau Nipis tanpa biji akan dipindahkan
 ke lokasi lain pada minggu depan (cuti pertengahan penggal pertama).
Kerja-kerja penyediaan tapak baru kini sedang giat dilaksanakan. 











No comments:

Post a Comment