GAJAH DAN HELANG
Bahagian 1
Didalam sebuah hutan, tinggal sekumpulan gajah. Berdekatan tempat tinggal mereka terdapat sarang burung helang, Burung helang baru sahaja bertelur. Dia begitu gembira kerana telur itu membolehkan ia mendapat seekor anak.
“Tetapi telur ini menyusahkan aku! Aku tidak boleh lagi terbang ke sana-sini menghiburkan hati.” Katanya.
“Bagaimana dapat aku selesaikan masalah ini” Setelah puas berfikir helang mendapat satu idea. Dia akan mendapatkan bantuan rakannya, gajah.
Helang pun berjumpa gajah lalu berkata, “ Gajah, saya baru saja bertelur, saya sayangkan tyelur itu dan mahu ia menetas menjadi anak burung, tetapi saya tidak dapat mengeramkannya kerana saya ada urusan di tempat lain. Saya haraop pada awak sajalah untuk eramkan telur saya itu”
Gajah berasa kasihan pada heloang lalu bersetuju untuk menjaga telur rakannya itu. Helang membawa gajah ke sarangnya. Setelah meninggalkan pesanan, helang pun terbang. Tinggallah gajah sendirian mengeramkan telur helang.
Bahagian 2
Dari hari ke hari gajah menunggu kepulangan helang dengan sabar. Ia duduk mengeramkan teelur tidak kira panas, hujan, siang ataupun malam. Ia juga tidak keluar bermain atau mandi-manda dengan kawan-kawannya. Rakan-rakannya mentertawakannya. Mereka mengatakan ia bodoh dan menasihatinya supaya meninggalkan sahaja telur itu.
Gajah memb eritahu rakan-rakannya, “ saya tidak boleh kemana-mana, saya patut menjaga telur ini sehbingga ibunya pulang”
“Ah! Kamu lurus sangat. Si helang dah tipyu kamu, dia tidak akan balik ke sini lagi!” balas rakannya lagi.
“Terima kasih saja atas simpati kamu semua.” Kata gajah samnbil bertekad untuk terus mengeram telur walaupun rebut melanda.
Bahagian 3
Setelah menunggu sekian lama.
Pada suatu hari gajah ternampak beberapa orang pemburu dengan senapang di tangan sedang menuju kea rah tempatnya. Gajah hendak bangun menyuelamatkan dirinya tetapi dengan segera ia teringatkan pula yang diamanahkan kep[adanya.
“Apa yang patut aku buat sekarang? Kalau nak selamat, lari dari sini, tapi sudah tentu anak burung dalam telur ini akan mati! Apa yang harus aku buat?” Gajah serba salah
No comments:
Post a Comment