Wednesday, March 17, 2010

KIaM4

Ceramah Teknik menjawab pertama yang ku terima pada tahun ini, di SMK Dato' Kamaruddin, Batu Kurau.  17/3/2010.  Awal sekolah ni mengatur strategi dan mengorak langkah. Seawal cuti pertengahan penggal pertama.

Sebelum memulakan ceramah, bersembang sebentar dengan Tuan Pengetua, En. Kamal bin Mansor.  Seorang anak tempatan Batu Kurau.  Berasal dari sebuah kampung yang indah,  Kampung Sempeneh Seberang.  Ada sawah bendang berlatarkan bukit.  Permai dan mengasyikkan bila menyelusuri kampung itu.  Seorang pengetua yang berjiwa besar, berwawasan dan dibenaknya sentiasa memikirkan bagaimana untuk menjadikan semua anak didiknya berjaya.

Sengaja aku tak bertanyakan targetnya tahun ini kerana memang aku dah sedia maklum.  Pasti ingin sesuatu yang lebih hebat.  Lonjakan saujana. Cukuplah itu yang ku tau.  Lagipun, kalau aku tanya juga, tak kan ada jawapan yang pasti diberikan.

Aku sebenarnya bukanlah pandai sangat bagi ceramah ni.  Terasa bimbang juga, apa yang aku sampaikan tidak menepati kehendak seperti yang diharapkan.  Tapi status sebagai guru cemerlang dan serba sedikit pengalaman berkaitan peperiksaan dan soalan, nak tolak pun tak elok juga.  Maka, buatlah juga dan cuba berikan yang terbaik.  Moga-moga dapatlah serba sedikit membantu untuk meningkatkan pencapaian.  Lagi pun, sebagai guru, pencapaian semua pelajar adalah menjadi tanggung jawab bersama.

No comments:

Post a Comment