Wednesday, March 31, 2010

Love

"If the only place where I could see you was in my dreams, I'd sleep forever."

KIaM5

GAJAH DAN HELANG
Bahagian 1
Didalam sebuah hutan, tinggal sekumpulan gajah.  Berdekatan tempat tinggal mereka terdapat sarang  burung helang,  Burung helang baru sahaja bertelur.  Dia begitu gembira kerana telur itu membolehkan ia mendapat seekor anak.
                “Tetapi telur ini menyusahkan aku! Aku tidak boleh lagi terbang ke sana-sini menghiburkan hati.” Katanya.
                “Bagaimana dapat aku selesaikan masalah ini” Setelah puas berfikir helang mendapat satu idea.  Dia akan mendapatkan bantuan rakannya, gajah.
Helang pun berjumpa gajah lalu berkata, “ Gajah, saya baru saja bertelur, saya sayangkan tyelur itu dan mahu ia menetas menjadi anak burung, tetapi saya tidak dapat mengeramkannya kerana saya ada urusan di tempat lain.  Saya haraop pada awak sajalah untuk eramkan telur saya  itu”
Gajah berasa kasihan pada heloang lalu bersetuju untuk menjaga telur rakannya itu.  Helang membawa gajah ke sarangnya.  Setelah meninggalkan pesanan, helang pun terbang.  Tinggallah gajah sendirian mengeramkan telur helang.

Bahagian 2
Dari hari ke hari gajah menunggu kepulangan helang dengan sabar.  Ia duduk mengeramkan teelur tidak kira panas, hujan, siang ataupun malam.  Ia juga tidak keluar bermain atau mandi-manda dengan kawan-kawannya.  Rakan-rakannya mentertawakannya.  Mereka mengatakan ia bodoh dan menasihatinya supaya meninggalkan sahaja telur itu.
Gajah memb eritahu rakan-rakannya, “ saya tidak boleh kemana-mana, saya patut menjaga telur ini sehbingga ibunya pulang”
                “Ah! Kamu lurus sangat.  Si helang dah tipyu kamu, dia tidak akan balik ke sini lagi!” balas rakannya lagi.
                “Terima kasih saja atas simpati kamu semua.”  Kata gajah samnbil bertekad untuk terus mengeram telur walaupun rebut melanda.

Bahagian 3
Setelah menunggu sekian lama.
                Pada suatu hari gajah ternampak beberapa orang pemburu dengan senapang di tangan sedang menuju kea rah tempatnya.  Gajah hendak bangun menyuelamatkan dirinya tetapi dengan segera ia teringatkan pula yang diamanahkan kep[adanya.
                “Apa yang patut aku buat sekarang?  Kalau nak selamat, lari dari sini, tapi sudah tentu anak burung dalam telur ini akan mati!  Apa yang harus aku buat?”  Gajah serba salah

Wednesday, March 17, 2010

KIaM4

Ceramah Teknik menjawab pertama yang ku terima pada tahun ini, di SMK Dato' Kamaruddin, Batu Kurau.  17/3/2010.  Awal sekolah ni mengatur strategi dan mengorak langkah. Seawal cuti pertengahan penggal pertama.

Sebelum memulakan ceramah, bersembang sebentar dengan Tuan Pengetua, En. Kamal bin Mansor.  Seorang anak tempatan Batu Kurau.  Berasal dari sebuah kampung yang indah,  Kampung Sempeneh Seberang.  Ada sawah bendang berlatarkan bukit.  Permai dan mengasyikkan bila menyelusuri kampung itu.  Seorang pengetua yang berjiwa besar, berwawasan dan dibenaknya sentiasa memikirkan bagaimana untuk menjadikan semua anak didiknya berjaya.

Sengaja aku tak bertanyakan targetnya tahun ini kerana memang aku dah sedia maklum.  Pasti ingin sesuatu yang lebih hebat.  Lonjakan saujana. Cukuplah itu yang ku tau.  Lagipun, kalau aku tanya juga, tak kan ada jawapan yang pasti diberikan.

Aku sebenarnya bukanlah pandai sangat bagi ceramah ni.  Terasa bimbang juga, apa yang aku sampaikan tidak menepati kehendak seperti yang diharapkan.  Tapi status sebagai guru cemerlang dan serba sedikit pengalaman berkaitan peperiksaan dan soalan, nak tolak pun tak elok juga.  Maka, buatlah juga dan cuba berikan yang terbaik.  Moga-moga dapatlah serba sedikit membantu untuk meningkatkan pencapaian.  Lagi pun, sebagai guru, pencapaian semua pelajar adalah menjadi tanggung jawab bersama.

Saturday, March 13, 2010

Berfikir Cara Einstein

 

  
Albert Einstein adalah seorang genius yang teragung bagiu abad ke 19.  Dia bukan hanya membawa pengetahuan manusia ke "dunia mikro" dalam atom-atom, tetapi juga ke "dunia makro" dalam galaksi.  Dia juga meninggalkan banyak perkara yang membuat alam semesta ini dapat difahami.

Menurut Scott Thorpe (2002:25-27), cara berfikir Einstein yang bijak itu boleh disusun dalam 4 tahap:

1.  Menemukan masalah yang tepat
Carilah masalah yang memiliki kemungkinan jawapan.  Malah, kalau perlu, ciptakan masalah itu.

2.  Memecahkan polanya
Tinggalkanlah aturan-aturan yang mengekang, yang membuat seseorang itu terikat jawapannya.  Pecahkan  pola yang selama ini dipakai.  Jangan takut jika pemecahan pola itu bertebtabgab dengan idea umum.

3.  Melanggar aturan
Pemecahan pola membuat pelanggaran aturan.  Kita harus berani melanggar aturan yang selama ini mengekang diri dan pemikiran kita.  Dalam berfikir, pola-pola harus dilahirkan.  Dan itu hanya boleh terjadi jika seseorang itu berani melanggar peraturan.  Dalam berfikir, membangkang idea umum itu bukanlah satu perkara yang salah.

4.  Cara Penyelesaian
  • wujudkan idea-idea yang hebat
  • sabar dan tunda penilaian
  • abaikan fakta-fakta yang tidak menyenangkan
  • cabar pendapat pakar-pakar
'Artikel ini dipetik daripada buku  -  Revolusi IQ EQ SQ (Edisi Malaysia) - oleh Taufik Pasiak, Terbitan PTS Millennia Sdn.Bhd." 
untuk mengetahui dengan lanjut, sila dapatkan buku ini.  Harganya cuma SM  RM35.50 dan Sabah/Sarawak RM 38.50


 

Thursday, March 11, 2010

PEMBELAJARAN MASTERI (Mastery Learning)

1.Konsep ini diperkenalkan oleh B.S Bloom pada tahun-tahun 60an berdasarkan satu prinsip iaitu semua murid boleh menguasai sesuatu pekara sekiranya
         - Ada masa yang mencukupi untuk murid menguasainya
         - Pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
2.Dalam proses pembelajaran masteri,guru mesti pastikan semua murid dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran
3.Guru juga perlu memastikan  semua murid dapat menguasai satu tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain
4.Peranan guru ialah untuk menenentukan pelajaran yang perlu dikuasai
5.Ia juga perlu mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai
6.Ia juga perlu merangsang kemahiran berfikir dikalangan pelajar


Monday, March 8, 2010

Projek Pertanian

Nampaknya projek nangka mastura, tebu dan limau nipis yang mula diusahakan pada oktober 2009 yang lepas akan menjadi kenangan.  Hanya gambar-gambar sahaja yang akan menjadi bukti bahawa di tapak seluas lebih kurang satu ekar itu pernah wujud projek itu.  Projek di tapak  ini sebenarnya dibuat bagi  menggantikan projek pisang yang kurang menjadi.  Jadi, daripada dibiarkan terus menjadi belukar dan tempat bersarang pelbagai  fauna berbahaya, beberapa orang guru (En. Rahim, En. Asri, En. Zamri dan saya) telah mengambil inisiatif untuk mengusahakannya semula.


Kerja-kerja penyediaan tanah - 4 Nov 2009

Barisan Pokok nangka, lepas beberapa minggu ditanam

Pokok tebu setelah lebih kurang 11/2 bulan. - Januari 2010

Pokok limau nipis - Januari 2010

Beberapa batas untuk terung sedang dalam penyediaan - Jan 2010


Ya.......khabarnya tapak itu akan diambil alih oleh JPN untuk dijadikan Pusat Ko-Kurikulum.  Itupun dengar daripada kawan-kawan cerita disamping ada juga terlihat beberapa orang pegawai JPN,  Pusat KO dan pentadbir sekolah meninjau tapak itu.  Secara rasminya memang aku tak diberitahu.  Namun, mendengar khabar itu tidaklah menjadikan aku gundah.  Rasa gembira dan bangga jika rancangan itu benar-benar terlaksana.  Pastinya tak akan kelihatan lagi semak samun di kawasan itu.  Semuanya akan bertukar rupa.  Sebuah kawasan lapang yang terurus sebagai tapak perkhemahan.  Juga landskap keseluruhan sekolah akan berubah.  Saban minggu atau cuti persekolahan tentu ada sahaja aktiviti yang berlangsung.  Akan ramai pula pelawat-pelawat yang datang.  Ah....... pastinya sekolah tempat aku bertugas akan menjadi lebih meriah.  Aku harap semuanya itu akan terjadi.  Tentang projek nangka, tebu dan limau nipis tu tak akan menjadi rugi walau dikorbankan.  Yang pastinya dan lebih penting lagi, akan lebih ramai lagi anak bangsa yang mendapat manafaat daripada pelaksanaan projek itu.

Nangka Mastura - tanah di sini amat sesuai untuk pertumbuhannya.
Tebu dah memerlukan penyenggaraan - buang daun
terung - dah mula berhasil

Keadaan projek seperti tarikh pada foto.  Agak semak tapi masih terkawal.
Pokok-pokok Nangka Madu dan Limau Nipis tanpa biji akan dipindahkan
 ke lokasi lain pada minggu depan (cuti pertengahan penggal pertama).
Kerja-kerja penyediaan tapak baru kini sedang giat dilaksanakan. 











Sunday, March 7, 2010

KIaM 3

Jongang, 
Juling, 
Sumbing, 
Teleng 
dan 
Janda

Akan menyusul (Mac - April 2010)

Saturday, March 6, 2010

Tip Memudahkan Pergaulan

Bersikap terbuka
Hargai pendapat orang lain
Fokus kepada perkara positif
Cari persamaan
Fahami orang lain
Banyakkan mendengar, kurangkan bercakap
Belajar kaedah komunikasi yang berkesan
Elak daripada membaca fikiran orang
Layan orang sebagaimana kita mau orang layan kita
Tiada siapa yang sempurna

Rujukan: PSQ Rahsia Personaliti Unggul
Ahmad Amri Zainal Adnan

Petua Supaya Disenangi

Banyakkan senyuman
Pamerkan keikhlasan
Percaya kepada diri sendiri
Bersikap terbuka
Mempunyai prinsip
Hulurkan penghargaan

Rujukan: PSQ - Rahsia Personaliti Unggul
Ahmad Amri Zainal Adnan.

Thursday, March 4, 2010

Nak Jadi Pelajar Cemerlang / Pelajar Malang?

     Cuba anda fikirkan tentang perkara-perkara berikut. 
     Fikirkanlah tentang - apa, mengapa, bagaimana, dimana, siapa.  
     Fikirkanlah dengan jujur dan kaitkan dengan diri anda sendiri
     Jawapan kepada topik ini ada dalam diri anda.


      1.    Persediaan mental dan fizikal.
 .


2.      Tumpuan Semasa Pengajaran guru.


3.    Bertanya Kepada Guru
       Tidak atau kurang faham adalah perkara biasa dalam pembelajaran.
       Tetapi sikap malu untuk bertanya adalah perkara yang luar biasa bagi orang yang telah berjaya.

4.   Ulangkaji.
      Membuat ulangkaji  = untung 
      Lebih untung jika lebih kerap melakukannya.

5.   Membuat Rujukan
      - buku
      - bertanya
      - berbincang 

      6.   Membiasakan diri menjawab soalan yang standard dan setaraf.

7.   Membuat Nota Ringkas.
      Ringkas, padat dan pelbagai bentuk

8.  Mengamalkan Teknik Hafalan dan Teknik Mengingat.

9.  Keperluan Lain.
     - Tuntutan agama
     - Penjagaan kesihatan
     - Kerjasama keluarga/rakan

10  Biasakan Menulis dan Membaca dengan Cepat ,Jelas  dan teratur