Wednesday, January 20, 2010

Reka Cipta - Amali

 Contoh Amali  Reka Cipta

1.  Pengenalpastian Masalah

a.    Permasalahan
“Cita rasa manusia adalah berbeza. Sentiasa  inginkan sesuatu yang unik.  Contohnya, walaupun terdapat berbagai reka bentuk lampu hiasan, tetapi mereka tetap tercari-cari lampu hiasan yang benar-benar memenuhi cita rasa mereka – unik, cantik, saiz yang sesuai, menarik dan harga yang berpatutan.  Keinginan untuk mencipta sendiri sesuatu yang diinginkan adalah lumrah biasa sebagai manusia ”

b.     Mengenalpasti Masalah
“ Mendapatkan lampu hiasan taman yang memenuhi ciri seperti dikehendaki dengan harga yang berpatutan”
 .      
c.     Penyelesaian Masalah
“Cipta lampu hiasan yang mempunyai ciri-ciri seperti diinginkan oleh pengguna”

d.    Maklumat, analisis dan rumusan terhadap produk sedia ada dipasaran.


Produk
Reka bentuk
Saiz
Bahan
Harga (RM)
Cat

Produk A

Segi empat bujur


Kecil dan sderhana
Kayu dan fabrik

75.00
Perlu ubah
suai,

 mahal
Produk B
Separuh bulat

kecil
Logam dan kayu

60.00
Tidak menarik
Produk C
bulat

kecil
Plastik PVC

50.00
Bahan tak ssuai
Tak menarik
Produk D
Separuh kun dan berkaki
Sderhana besar
Kayu, pvc dan fabrik

85.00
menarik

mahal



  e.  Pencetusan Idea Penyelesaian

i.      Cipta lampu hiasan yang reka bentuknya berbeza daripada produk sedia ada dengan 
        menggunakan bahan yang sama.
ii.     Cipta lampu hiasan yang menghasilkan pelbagai warna cahaya.
iii.    Cipta lampu hiasan yang boleh ditukar warna cahaya yang dihasilkan mengikut 
       kesesuaian lokasi di mana lampu itu diletakkan
iv.   Cipta lampu hiasan yang boleh menghasilkan beberapa warna cahaya berbeza 
       berbentuk heksagon.
v.    Cipta lampu hiasan yang diadaptasikan daripada reka bentuk peralatan lain yang 
       sesuai seperti jam, bingkai gambar, pasu hiasan, sangkar burung dan sebagainya.








Lakaran pencetusan idea


2.  Pemilihan idea
    Pilih satu daripada idea terbaik di atas.




Lakaran idea yang dipilih


3.  Perekaan projek 
    




Lakaran  1              Lakaran  2         Lakaran   3          Lakaran  4
Lakaran beberapa reka bentuk projek berasaskan idea yang dipilih


4.  Pemilihan reka bentuk
     Pilih satu daripada lakaran dalam 3 (pilih reka bentuk terbaik).
     Pilihan mesti berasaskan faktor-faktor reka bentuk.
     Lukiskan semula rekabentuk yang dipilih dengan lengkap.


Monday, January 18, 2010

Reka Cipta - Proses

Proses 1 – Pengenalpastian Masalah
      Lazimnya masalah wujud daripada sesuatu ketidakselesaan.  Contohnya ketiadaan atau ketidakselesaan sesuatu produk.
o   Kenalpasti dengan tepat masalah yang dihadapi.  Fikirkan;
-  Apakah masalah sebenar yang dihadapi,
-  Mengapa masalah itu berlaku dan
-  Apakah tindakan yang perlu dilakukan.   
o   Kumpul maklumat dan data tentang produk yang hendak dicipta dengan mengkaji produk-produk sedia ada yang sama fungsi. Maklumat boleh merangkumi aspek reka bentuk, kefungsian, harga, saiz, warna, bahan dan penerimaan pengguna.
o   Analisis maklumat  yang dikumpul dan buat rumusan  serta tindakan penyelesaian masalah yang perlu 
    dilakukan.
o   Lakukan aktiviti penjanaan idea bagi mencetuskan idea alternative.  Aktiviti penjanaan idea boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti  melalui sumbang saran, perbincangan, peta minda atau lakaran bebas. Rekodkan apa jua idea yang diperolehi sama ada berbentuk pernyataan atau lakaran.

Proses 2 – Pemilihan Idea
      Pilih satu idea terbaik daripada senarai dalam aktiviti pencetusan idea alternatif. Pemilihan idea hendaklan berdasarkan faktor berikut;
o   Reka bentuk
o   keupayaan kendiri,
o   kepentingan produk
o   kaedah pembuatan,
o   mesra alam,
o   bahan dan komponen digunakan


Proses 3 – Perekaan Projek

 i.         Buat berbagai lakaran reka bentuk idea dipilih dalam 3D
ii.       Labelkan lakaran dengan bahan digunakan dan fungsi bahagian tertentu

Proses 4 – Pemilihan Reka Bentuk
 i.       Teliti semua lakaran reka bentuk projek dan pilih satu idea reka bentuk terbaik.
ii.       Pemilihan perlu dibuat berdasarkan faktor-faktor reka bentuk yang telah dipelajari;
iii.     Buat lukisan kerja projek yang lengkap  dalam lukisan isometrik dan unjuran ortografik lengkap dimensi.
iv.     Lukisan kerja lengkap penting untuk menilai reka bentuk projek dan sebagai panduan untuk membina
      projek

Proses 5 – Perancangan Pembinaan Projek

Beberapa perkara perlu difikirkan dalam proses ini:
i.           Memilih dan menilai kesesuaian bahan yang akan digunakan.
ii.         Menentukan kaedah pembuatan
iii.       Menentukan bahan dan kaedah kemasan.
iv.       Memilih alat yang perlu guna
v.         Membuat jadual kerja
vi.       Menggira anggaran kos projek

Proses  6 – Pembinaan, Pengujian dan Pengubahsuaian.

i.    Pembinaan projek melibatkan kerja-kerja
       -     mengukur, menanda, memotong
       -     membina dan mencantum
       -     melakukan kemasan

 ii.  Gunakan alatan yang betul agar hasil kerja kemas.
iii.  Kaedah penyambungan
-          Penyambungan semenara – skru.
-          Penyambungan kekal – paku, glu, ribet
-          Penyambungan bergerak – ensel
iv.  Bahan kemasan dan pelarut
-          cat minyak dan cat alas – turpentine
-          syelek -  spirit metil
-          tona kayu – thinner, turpentine
-          lekar - thinner
v.    Kaedah kemasan dan alatan
-          semburan – mesin pemampat udara / spray tin
-          sapuan – berus syelek, berus cat
-          celupan – hot spray gun
-          perekat
vi.  Menilai dan menguji untuk memastikan projek   kemas dan berfungsi seperti dikehendaki
vii. Pengubahsuaian – dilakukan jika projek tidak menepati faktor, keriteria dan untuk menambah nilai produk.
                                               
Proses  7 – Pendokumentasian
Elemen yang perlu ada dalam sesebuah dokumentsi;
i.  Pernyataan masalah
ii.  Lakaran-lakaran projek bebas
iii. Lakaran projek dipilih
iv. Senarai bahan, alat dan mesin digunakan
v.  Jadual kerja
vi.  Data pengujian, penilaian dan pengubahsuaian
vii. Pengiraan kos projek
viii.  Gambar foto projek yang telah siap

Reka Cipta - Pengenalan

Maksud Reka Cipta

            “Proses penghasilan produk baru atau pengubahsuaian (meningkatkan kualiti) sesuatu produk sedia untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna”

Tujuan Reka Cipta

            “Memudahkan berbagai kerja atau untuk membantu menyelesaikan berbagai masalah pengguna”

Prinsip Produk Reka Cipta

  • Berguna dan berupaya menyelesaikan masalah sedia ada atau masalah yang akan dihadapi pengguna.
  • Berkeupayaan memenuhi keperluan dan kehendak pelbagai cita rasa pengguna.
  • Produk  unik kerana hasil ciptaan atau inovasi baru.
  • Mempunyai nilai komersil
  • Berpotensi untuk dipasarkan
Proses Reka Cipta

Pengenalpastian masalah

Pemilihan Idea

Perekaan Projek

Pemilihan reka bentuk

Perancangan pembinaan projek

Pembinaan, Pengujian dan pengubahsuaian

Pendokumentasian

Thursday, January 7, 2010

Ilmu Berkaitan Makan

Semua hidupan perlukan makanan.  Makanan penting untuk pelbagai tujuan.  Pembesaran, pencegahan penyakit dan sebagainya.  Bagi kumpulan  manusia, tentang makanan ni, ada yang mengatakan "makan untuk hidup"  dan ada juga "hidup untuk makan".  Tak kiralah apapun tujuan makan tu tapi kita perlu ingat, makanan boleh menjadi penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit.  Di sini diperturunkan satu ilmu berkaitan makan iaitu Diet Ala Rasulullah SAW.  Insya'Allah 

Ini  adalah diet Rasullulah SAW.  Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih
dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

* Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam
dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak
memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? cubalah?.. Kesannya tidak dalam
jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan
makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu  kerana
akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan
bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung
ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi
reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

* Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan
antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan
lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak
gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap
pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang
kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit
kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian
kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak
dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang
tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari.

5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung
di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme
sejenis alat percerna
makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan insya
Allah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Sunday, January 3, 2010

Sesi 2010

Hari ini, 4 Januari, bermulanya sesi persekolahan 2010 (Bagi negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu sesi persekolahan bermula semalam - 3 Januari).  Selamat kembali semula ke sekolah setelah lebih kurang enam minggu 'bercuti'  buat rakan-rakan guru walau di mana jua ditugaskan di Malaysia Negara tercinta ini.  Selamat bertugas ditempat baru pada guru-guru yang berpindah sekolah.  Pada guru-guru yang baru 'posting', selamat bertugas dan menempuhi alam baru dipermulaan kerjaya.   Begitu juga dengan semua pelajar dan petugas-petugas lain berkaitan.  Seperti orang-orang lain dan juga tahun-tahun sebelumnya, sudah semestinya kita warga pendidikan mempunyai azam untuk menyumbang dan juga menerima sesuatu yang terbaik pada tahun ini.

Selamat datang  kepada pengetua baru, Puan Rosiah bt Rasalan (bertukar daripada SMK Kenering, Grik)  dan kepada Puan Hasmah bt Mohd. Yusuff pula, selamat bertugas di sekolah baru, SMK Klian Pauh, Taiping.  Semoga di tempat bertugas baru ini akan memberikan kejayaan yang lebih cemerlang.

Sebenarnya pencapaian, kecemerlangan dan kejayaan kita dalam kerjaya pendidikan (guru) ini amat sukar untuk diukur.   Menggunakan pencapaian peperiksaan sebagai kayu ukur, walaupun boleh tetapi hanya mengukur satu daripada berpuluh-puluh bahagian lain.   Namun untuk itu semua, kita terpaksa terima hakikat dengan penuh keredaan dan kesedaran.  Apa yang lebih penting adalah kita telah melakukan sesuatu yang terbaik yang boleh dan termampu berasaskan sumber yang ada.  Apabila kita dapat melaksanakannya dengan baik, sempurna dan berkesan, maka cemerlanglah kita dalam kerjaya sebagai guru.