Sunday, March 20, 2011
Saturday, March 19, 2011
Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran
Dipetik daripada: I Luv Islam.Com
Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya
Tuesday, February 22, 2011
P&P dan Aktiviti Ko-Kurikulum Melalui Pendekatan Bertema
Mengimbas kembali apa yang telah dilakukan terutama yang membabitkan hal kerjaya ( P&P dan Ko-Kurikulum) rupa-rupanya tanpa disedari aku telah melakukan sesuatu. Memang pada mulanya (walaupun sedar apa yang dilakukan) tapi tidaklah terfikir. Ya...... ringkasnya, apa yang aku laksanakan sama ada dalam P&P atau Ko-kurikulum (persatuan) adalah berlandaskan tema-tema tertentu. Walaupun pada mulanya tema-tema itu aku wujudkan hanya untuk memotivasikan diri agar sentiasa berfikiran positif dan dapat memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak didik tetapi kini seolah-olah telah menjadi satu keperluan untuk aku menggunakan tema-tema tertentu dalam pelaksanaan aktiviti.
2000 - 2003 - Menjejak mutiara dirimba
Tema ini diwujudkan ketika aku mula memikirkan dan merancang melaksanakan satu aktiviti persatuan yang mempunyai kelainan. Lama juga berfikir dan mencari aktiviti yang sesuai. Idea tercetus pada Januari 2001. Aktiviti Eko-Kreatif. Sesuai dengan persekitaran sekolah terletak dipedalaman dan dikelilingi alam semula jadi yang masih menghijau, belum tercemar. Hasil aktiviti, telah tertubuh sebuah galeri persatuan untuk mempanmerkan semua produk yang dihasilkan.
2004 - 2005 - Never Ending Discovery.
Pelaksanaan aktiviti Eko-Kreatif telah menghasilkan beberapa kejayaan antaranya, menemui spesies kulat yang luar biasa (saiz dan bentuk)- dikenali sebagai "Raja Kulat", mencipta krim 'mutiara rimba' - sagu hati karnival sains dan teknologi JPN pertak 2002, pengiktirafan Malaysia Book of Records (Kulat terbesar di Malaysia)- 2003, Liputan Majalah 3 dan tersiar pada 11 September 2004, Lebih 20 pameran hasil produk kraf kulat (dalam dan luar) - termasuk pameran yang di Cemar Duli oleh Tuanku Sultan Perak pada 12 Mei 2005, serta pekenan Tuanku Sultan pada 'raja Kulat' untuk di tempatkan di Galeri Sultan Azlan Shah. Dalam masa yang sama banyak lagi ciptaan (walaupun kecil) terhasil.
2006 - 2008 - Never give up.
Memang sedih kerana terpaksa 'berpisah' dengan 'raja kulat', tapi itulah kejayaan. Tidak perlu give-up. Usaha mesti diteruskan. Memindahkan galeri dari bilik kelas ke bangunan bekas rumah guru yang telah tidak digunakan lagi. Dan sempena ulang tahun Tuanku Sultan yang ke 79, aku dianugerahkan dengan Darjah Kebesaran Negeri. "Ahli Mahkota Perak - AMP". Usaha meneruskan aktiviti eko-kreatif masih terus dijalankan. Melaksanakan aktiviti eko-teroka dan eko-cipta untuk menambah banyak dan kepelbagaian bahan pameran di galeri.
2009 - 2010 - Look over your head.
Tema mulai 2009 terpaksa diubah kerana Persatuan Kemahiran Hidup "dicutikan". Tiada persatuan bermakna tiada ahli dan tiada aktiviti. Jadi kerja-kerja menyenggara galeri terpaksa dilakukan sendiri disamping sesekali dengan tenaga ehsan dari beberapa orang pelajar yang bersimpati. Dalam pada itu, usaha memujuk agar diwujudkan semula persatuan dijalankan dari semasa ke semasa. Terasa sesuatu juga tetapi terpaksalah "look over your head". Terima walaupun tanpa tau sebab.
2011 - Menggapai angkasa, membidik kecemerlangan
Persatuan Kemahiran Hidup diwujudkan semula. Suntikan semangat tercetus kerana galeri telah dilawati oleh Tuan Pengarah Pelajaran Perak, Encik Rauhi bin Md. Isa seawal hari kedua sesi persekolahan 2011. Sesuatu mesti dilakukan. Untuk membina semula keruntuhan bukan mudah. Penjenamaan semula perlu dilakukan. Perlu ada kelainan lagi. Biar kecil tetapi bermotif. Menjejak mutiara dirimba bukan mustahil, begitu juga menggapai angkasa.

Friday, December 31, 2010
Saturday, December 25, 2010
Friday, December 3, 2010
Thursday, November 18, 2010
Cuti Akhir Tahun Lagi
Hari ini hari terakhir sesi persekolahan 2010. Cuti akhir tahun menjelma lagi sehingga 2 Januari 2011.
Tentang sesi persekolahan 2010.......... aahhhhhhh.......tak perlulah aku perkatakan. Yang berlalu biarlah berlalu walau aku tau, hakikatnya ia pasti akan menjelma kembali sebagai imbasan kenangan. Pahit......manis. Memang kedua-duanya ada.
Apa yang pasti adalah sesi persekolahan 2011 yang akan mendatang.

Subscribe to:
Posts (Atom)