Saturday, September 19, 2009

SALAM IDIL FITRI




Bermulalah nafas ini menjadi TASBIH,
TIDUR ini menjadi IBADAH,
DOA2 ini di IJABAH, PAHALA ini diLIPAT GANDAkan,

namun.........
itu semua tidak akan menjadi tanpa
MAAF tulus daripada kalian...............
justeru, maafkan daku atas
lisan yang terlanjur.......
janji yang terabai.......
hati yang berperasangka.....&
kata2/sikap yang menyakitkan........

andai semua.
HARTA adalah RACUN,
maka ZAKAT PENAWARnya
&
jika seumur HIDUP  adalah  DOSA,
maka TAQWA & TAUBAH UBATnya,
jika seluruh BULAN adalah NODA,
maka RAMADHANlah PEMUTIHnya.
Semoga diberkati, dirahmati, diredhai ALLAH swt & diampuni segala dosa.  Ameen....
SALAM AIDIL FITRI 1430H,
MAAF ZAHIR BATIN.

Thursday, September 17, 2009

KUASA PENGGUNA - 1 PENGGUNA, 1 SUARA



HAK  PENGGUNA

HAK UNTUK MENDAPAT KEPERLUAN ASAS

HAK UNTUK MEMBUAT PILIHAN

HAK UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT

HAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI

HAK UNTUK MENDAPAT PERKHIDMATAN DAN BARANGAN YANG SELAMAT

HAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT

HAK UNTUK MENDAPAT PENDIDIKAN PENGGUNA

HAK UNTUK MENDAPAT ALAM SEKITAR YANG BERSIH DAN SELAMAT



Aku masih ingat lagi, waktu belajar subjek perdagangan - topik kepenggunaan di sekolah dulu, guru aku sering mengatakan bahawa semua manusia adalah pengguna dan dalam masa yang sama semua manusia juga pengeluar.  Ringkasnya, pengguna bermaksud orang yang mengguna barang atau perkhidmatan dan pengeluar pula adalah orang yang mengeluarkan barang atau perkhidmatan.  Aku akur dengan kenyataan itu.  Akur dan tetap akur sampai bila-bila.  Kini aku seorang guru.  Aku juga mengulangi semula kenyataan itu kepada pelajar-pelajar ku.  Aku mahu semua pelajar aku faham dan sedar akan konsep itu.  Bahawa pengguna dan pengeluar itu adalah orang yang sama.  Cuma apa yang digunakan atau dikeluarkannya itu berbeza-beza.  Tidak ada seorang pengguna pun dapat memenuhi semua keperluan dan kehendaknya dengan mengeluarkan semua kehendak dan keperluan mereka sendiri.  Kebolehan manusia terhad tetapi kehendak tanpa batasan.
Sebagai pengguna kita ada hak dan tanggungjawab.  Begitu juga kita sebagai pengeluar.  Kita ada hak dan tanggungjawab sebagai pengeluar.  Tahu, sedar dan fahamkah kita dengan semua hak dan tanggungjawab itu.

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

 KESEDARAN MENGKRITIK
PEMBABITAN  DAN  TINDAKAN
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
TANGGUNGJAWAB ALAM SEMULA JADI
BERSATU PADU
       

Wednesday, September 9, 2009

NEC NP100G

Hari itu, 6 Sept/16 Ramadhan. Aku gi KL kerana ada temu janji dengan seseorang. Aku gi KL sorang je, dengan bas. Kul 12.15. Sampai KL (Pudu Raya) bihkuang kul 3.45. Temu janji bihkuang kul 4.30. Memandangkan masa masih awal, aku ronda-rondalah dulu. Jalan ikut ke mana kaki melangkah. Tapi tak jauhlah dari PR. Penat jln aku duk kat depan menara May Bank. Tak lama telefon ku bunyi. Rupanya dah hampir kul 4.30. Orang itu dah ada kat area PR juga. Akupun gi lah kat dia. Perjumpaan taklah lama. Tak sampaipun 15 minit. setelah urusan selesai akupun tak tunggu lagi. Terus ke kaunter tiket. Dapatkan tiket untuk balik semula ke Taiping. 5.15 dan sampai rumah jam 8.30.

Tuesday, September 1, 2009

KELAS PMR

Hari ini aku gunakan teknik baru dalam P&P aku pada kelas 3A3.  Lebih kurang kaedah mastery learning tapi sebenarnya teknik itu adalah gabungan beberapa cara antaranya, mastery learning, Assesement for learning dan Explorace.  Pelajar-pelajar nampaknya berminat dengan kaedah ini. Kelas berjalan lancar dan kawalan kelas ok.  Aku hanya bertindak sebagai fasi.  Aktiviti dokumentasi pembelajaran, perbincangan antara rakan dan perbincangan bersama fasi dalam kumpulan kecil.

Aku rasa aku dah jumpa kaedah P&P yang sesuai dengan pelajar-pelajar aku.  Alhamdulilah.  Berkat Ramadhan mubarak ini, rasanya tak sesia aku bersengkang mata sejak malam pertama lagi untuk merancang dan menyediakan bahan.  Aku harap kaedah ini berkesan untuk meningkatkan pencapaian subjek aku dalam PMR.

Aku akan terus guna kaedah ini.