Monday, February 1, 2010

Paving, Tebu/Nangka/Limau Nipis/Giant Book

 Alhamdulilah..........  kini kita telah berada dalam bulan februari.  Sebulan ditahun 2010 ini telah berjaya kita lalui.  Harap-harap saudara-saudari semua juga telah melaluinya dengan sucess.  Apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna dan rasa tidak rugi dengan masa yang telah berlalu itu.

Bagi ku, 31 hari yang telah dilalui itu begitu pantas berlalu.  Namun aku rasa puas dan tidak rasa rugi.  Disamping tugas rutin iaitu tanggungjawab sebagai pendidik, beberapa projek di sekolah telah berjaya ku laksanakan walaupun belum siap dengan sempurna.  Projek 'paving' lebih kurang 95% siap.  Projek terung - telah siap ditanam dan kini tinggal proses penjagaan dan menunggu hasil.  Projek tebu - lokasi telah siap ku racun, cuma tinggal menimbun tanah dipangkal pokok.  Projek Tanaman Nangka dan Limau Nipis - lokasi juga telah siap diracun.  Gembur tanah di pangkal pokok hanya tinggal beberapa pokok sahaja lagi.  Inya'allah akan ku siapkan menjelang minggu kedua februari ini.

Setelah projek 'paving' siap sepenuhnya, aku akan memulakan projek seterusnya - menyiapkan projek pergola dan mengemas kini galeri.  Selain itu, projek-projek pertanian yang perlukan penyenggaraan berterusan akan juga tetap ku lakukan.

Sementara itu, untuk P&P - projek inovasi  'giant book'  juga telah bermula.  Harap-harap projek ini akan berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam PMR 2010 dan seterusnya.  P&P melalui kumpulan.  Setiap kumpulan 4 / 5 pelajar dengan nota dalam sebuah buku gergasi.
Bimbingan diberikan secara terus dalam kumpulan.



Pelajar-pelajar tingkatan 3PK, kelihatan tekun menyiapkan 'giant book'.  Kumpulan manalah
agaknya yang akan menang hadiah istimewa makan tengahari "nasi ayam special"


Ya..... Allah..... berikanlah kami kekuatan dan Rahmatilah segala usaha kami serta suakanlah kejayaan pada kami, hamba-hambaMu yang serba kekurangan ini. Amin

1 comment: