Thursday, November 5, 2009

Denai Alam 2

Tanah lebih kurang seekar dibahagian belakang kawasan sekolah.  Apa boleh buat agar dapat menjana hasil dan pendapatan berterusan untuk sekolah.

Sebanarnya dua tahun lepas, tanah tu telahpun diusahakan dengan tanaman pisang mas tapi kurang menjadi.  Mungkin tanah tu kurang sesuai atau mungkin juga kurang penjagaan, maka kurang menjadilah pisang-pisang tu.

Melihat tanah tu terbiar semula, rasanya sayang juga.  Lalang dan semak samun telah hampir setinggi aku.  Entah apa makhluk yang bermastautin didalam.......entahlah.  Kawasan semak samun di dalam kawasan sekolah, maklum sajalah. Kalau apa-apa berlaku......nyaya.....

Memikirkan selepas peperiksaan PMR masa aku agak banyak terluang, aku berbincang dan memberanikan diri untuk mengusahakannya semula. Seminggu selepas PMR maka bermulalah aku mengusahakannya semula.

Langkah pertama, rancang dan bincang apa nak buat.  Ubi kayu, tebu........atau pokok saka.....nangka madu.
 
Langkah kedua, membersihkan semak samun  - seminggu hari persekolahan aku mengambil masa membersihkannya. Isnin hingga Jumaat.  Itupun tak habis lagi.  Ada tinggal sikit lagi dibahagian belakang.  Terlalu tebal dan rasa takut juga nak masuk.

Langkah ketiga,  dua hari lepas 4/11-  Aku sewa traktor daripada orang kampung berhampiran untuk kerja-kerja memugar tanah tu.

Dan......kini tanah tu telah siap dipugar.  Semalam dan hari ini hujan.    Insya'allah minggu depan aku akan memulakan kerja mengemas kawasan, merancang tanda untuk penanaman dan mencari anak benih.   Aku harap minggu akhir persekolahan kawasan itu telah siap ditanam dengan pokok-pokok yang dirancang.    Pokok saka - nangka madu dan tanaman lain......ubi kayu dan tebu.   Insya'allah.

Thursday, October 22, 2009

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU


1.                KAMI NAMAKAN DAN KAMI PANGGIL AKAN DIA, BUMI YANG KAMU PIJAK DAN LANGIT YANG KAMU JUNJUNG PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (SEKARANG DIKENALI DENGAN NAMA MALAYSIA)

2.                KAMI ISYTIHARKAN DAN KAMI SIMPAN UNTUK KAMU DAN KAMI BENARKAN KAMU ISYTIHAR DAN SIMPAN UNTUK ANAK CUCU KAMU, SELAIN GUNUNG-GANANG, TASIK DAN HUTAN SIMPAN, TANAH SIMPANAN MELAYU SEHINGGA NISBAH 50 PERATUS, SELEBIHNYA KAMU REBUTLAH BERSAMA-SAMA KAUM LAIN.

3.                BAGI MENJAGA KAMU DAN BAGI MELINDUNGI ANAK CUCU KAMI SERTA HARTA MILIK KAMU, KAMI TUBUHKAN REJMEN ASKAR MELAYU SELAIN UNTUK MEMBENTRAS KEKACAUAN DALAM NEGARA DAN ANCAMAN DARI LUAR NEGARA.

4.                KAMI KEKALKAN DAN KAMI JAMIN KERAJAAN DAN KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU MEMERINTAH NEGARA INI.

5.                KAMI  ISYTIHARKAN  ISLAM ADALAH AGAMA PERSEKUTUAN.

6.                KAMI TETAPKAN BAHASA KEBANGSAAN IALAH BAHASA MELAYU.

7.                KAMI AMANAHKAN DAN KAMI PERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA RAJA-RAJA MELAYU UNTUK MELINDUNGI KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN (KEMUDIAN DITAMBAH KEDUDUKAN ISTIMEWA ANAK NEGERI SABAH DAN SARAWAK.

Wasiat raja-raja Melayu ketika menandatangani
Persetujuan Pembentukan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu
5 Ogos 1957

Thursday, October 8, 2009

Denai alam 1

Bermula dengan UPSR dan kini PMR. Peperiksaan akhir tahun bagi tk 1,2,4, SPM dan STPM akan menyusul tak berapa hari lagi. Ini bermakna sessi persekolahan 2009 kian sampai ke penghujung. PANTAS sungguh masa berlalu. Rasanya mesyuarat pertama sessi persekolahan 2009 baru je semalam dijalankan. Baru je terima tugas untuk sessi 2009. Tup-tup-tap dah nak sampai hujung tahun. Banyak lagi tugas yang tak selesai.

Bercerita tentang masa ni ................... masa dan kita. Adakah masa yang mengejar kita atau kita mengejar masa? Ada orang kata masa mencemburui kita. Tapi yang pastinya orang tak de kata kita cemburu pada masa. Begitu juga dengan kata-kata 'masa itu emas'. Emas itu kalau kita ada, ia adalah aset berharga. Harga tak akan susut, malah akan naik dan terus naik. Jadi betullah....... antara masa dan emas tu. Tak akan menyusut.

Semalam 8/10 seorang rakanku menghadapi kesedihan. Isterinya meninggal dunia. Salam Takziah untuknya. Semoga banyakkan bersabar dan bersedekah untuk roh isterinya.
Al-Fatihah.

Itupun berkait dengan masa. Dah sampai masa. Kita yang ada ni entah bila akan sampai masa. Hanya Tuhan saja yang Maha Mengetahui. Jadi kita laksanakan je lah tanggungjawab kita. Tanggungjawab sebagai hambaNya dan tanggungjawab sebagai manusia. Ada beberapa perkara yang tak perlu kita pertikaikan. Kematian, jodoh, tanah kubur, rezeki dan yang satu lagi ni ..........(lupalah).

Tentang masa juga. Pernahkah kita dengar ada orang BERSUMPAH dengan masa. Tetapi Allah S.W.T. sendiri melakukannya. "Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian.........................

Wednesday, October 7, 2009

BOS DAN SWOT - MENINGKATKAN PRESTASI SEKOLAH (SMKRP)

akan menyusul

Aplikasi BOS dan SWOT dalam P&P

Akan menyusul.

Blue Ocean Strategi

Blue Ocean Strategy (BOS)

S

SELAMAT MENGHADAPI PMR

Semalam (7/10/2009) bermulalah peperiksaan PMR.  Macam mana prestasi pelajar-pelajar aku tahun ini aku tak pasti.  Walaupun ramalan tu ada tapi keputusan pada disember nanti itulah penentunya.  Harap-harap semuanya berjaya.  Aku taklah mengharapkan sesuatu yang ajaib berlaku.  Tapi harap-harap begitulah. Namun sebagai guru aku terpaksa pasrah.  Terima apa yang dapat.  Tak kiralah gred apa, yang penting masih dalam kategori ok kecuali gred E.  Aku cukup faham dengan keadaan pelajar-pelajar tu.

Sebelum ke dewan peperiksaan semua pelajar berkumpul di gelanggang sepak takraw.  Aku lihat pelajarku satu persatu.  Aku halalkan dan maafkan semuanya dan dalam hati ku sertakan doa semoga mereka semua beroleh kejayaan.

Bagi subjek ku, Kemahiran Hidup Bersepadu - Pertanian dan PK.  -  bekalan terakhir ku berikan berupa contoh-contoh soalan.   Satu persatu aku print, laminate dan tampal di notice board berserta jawapan.  Aku harap dimanafaatkannya.